Wednesday, April 25, 2012

Kami dimalukan oleh seorang Kafir

Sebelum saya bercerita lebih lanjut, ingin saya kongsikan sesuatu di sini.


Akhirnya, penantian tujuh tahun ini mendatangkan kegembiraan buat saya dan suami. Allah memperkenankan doa kami. Empat minggu yang lalu, saya disahkan hamil empat minggu. Besar kurniaanMu Ya Allah untuk kami! Allahuakbar! 


Nah! Akhirnya saya bersedia berkongsi. Kandungan ini masih baru, baru sahaja saya melihat denyutan jantung zuriat kami, pagi tadi. Selama ini saya gusar dan ragu, kerana saya pernah keguguran saat kandungan berusia 8 minggu, 6 tahun yang lalu. Maka, saya memohon, janganlah ada yang salah tafsir dengan entri kali ini. Saya memohon kegembiraan ini dikongsi, jauhkan dari hasad dengki dan iri hati manusia, Ya Allah!


Nanti, InsyaAllah akan saya kongsikan pengalaman saya menjalani IVF. Kalau terlebih rajin pula, akan saya perincikan kos-kosnya. Agar semua rakan senasib mendapat manfaat dari blog suka-suka ini. Bukan sekadar bacaan picisan, atau omong kosong, tapi sedikit sebanyak memberikan inspirasi dan harapan buat rakan-rakan senasib.


Ok, ditemani suami seperti biasa ke LPPKN, kami sampai jam 10.20 pagi. lewat sedikit dari biasa. Ini kerana Ain, jururawat khas Dr. K (dah berapa tahun treatment baru tahu para nurse memanggil Dr.Komathy  ; Dr. K) menelefon dan minta kami hadir lewat sedikit. Dr. K ada operasi pada waktu pagi. Selalunya Ovum  Pick-Up (OPU) dirujuk sebagai 'doktor ada operation'.


Suami menunggu di luar, sementara saya bersedia untuk di 'scan'. Ini pertemuan pertama sejak disahkan hamil, bagi melihat sama ada kandungan saya sihat dan mempunyai denyutan jantung. Suami dipanggil ke dalam bilik, saat saya di'scan'. Tidak terkata betapa gembiranya kami berdua melihat satu denyutan jantung di dalam rahim saya walaupun 3 embryo telah dimasukkan. Syukur Ya Allah, satu kami gembira, 2 dan 3 sekiranya menjadi kami kira sebagai bonus.


Dan malam ini, sedang saya dan suami menonton TV, suami bercerita saat dia menunggu saya di luar, beliau mendengar perbualan di antara seorang wanita Islam dan seorang wanita India yang pastinya beragama Hindu. Lebih kurang begini perbualannya;


Wanita Islam (Melayu) : Berapa kos awak buat IVF?
Wanita Hindu (India)   : Lebih kurang 8 ribu ke 11 ribu.
WI: Ohh..mahalnya, mana saya ada duit!
WH: Masa saya buat itu, satu bentuk emas pun tiada pada saya. Saya tolak semuanya (gadai)..Esok saya sudah seronok-seronok tengok anak main, saya bayar sikit-sikit ambil semula.


Suami yang mendengar, sekadar tersenyum. Bertapa saya yang mendengar  suami bercerita ini, termalu sendiri andai saya berada di situ. Sedangkan wanita itu kufur, masih bertawakal sebegitu sekali, apakah kita yang Islam tidak termalu dengan berserah sepenuhnya seperti itu? 

22 comments:

  1. Tahniah Indah! Saya doakan selamat semua :-)Mungkin Indah boleh share apa yg Indah buat sepanjang 2ww. TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sweet tooth. 2ww saya hanya bed rest kebanyakan masanya. Kalau ada keperluan makan minum, mandi dan solat baru saya bergerak. Biarlah orang kata tak perlu, tapi saya bimbang untuk mempertaruhkan nasib

      Delete
  2. tahniah kak comel.. akhirnya berkat doa geng ttc :) semoga semuanya selamat.. bykkan berehat yer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekasih Sis ROS yg full of luv. InsyaAllah..

      Delete
  3. Ya Allah..tahniah Indah..jg diri baik2..mg semua dipermudahkan yer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Sis D, InsyaAllah saya jaga diri dan zuriat ini baik2. Thanks atas doa kamu ya Sis!

      Delete
  4. Tahniah Indah! Jaga diri & kandungan baik2 ek. Smoga dipermudahkan semuanya. Nanti share la cerita IVF awak ek :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih..InsyaAllah akan dijaga dengan baik. Ada kesempatan dan izin Allah akan dikongsikan pengalaman IVF

      Delete
  5. nad, tahniah.. take care.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks ween. insyaAllah. Tahniah untuk ko gak ween. Dah sepasang ya!

      Delete
  6. Alhamdullillah... Tahniah :)
    take care

    ReplyDelete
  7. tahniah!
    share pasal IVF k..
    doakan yg baik2 utk indah + hubby!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks JD, insyaAllah ada kesempatannya nanti saya kongsikan. Terima kasih atas doa kamu ya Sis!

      Delete
  8. Tahniah!!!!--alhamdulillah
    Jaga Diri n BB baik2 yer.....Perlahankan segalanya untuk 1 trimester nie....ok...
    Muahsss...jadi geng kita 2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.. InsyaAllah saya cuba menjaga amanah ini sebaik-baiknya.

      Delete
  9. salam. saya juga menjalani IVF di LPPKN dgn Dr. H pd April lepas tapi gagal. tahniah Indah kerana berkat kesabaran akhirnya Allah makbulkan doa Indah. harap indah bole ceritakan pengalaman IVF ini. saya juga ada hydrosalpinx sebelah kiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sis, saya doakan rezki kamu pula selepas ini! Ujian Allah untuk orang yang sabar, sis sabar ya!

      Delete
  10. Syukur Alhamdulillah, tahniah, awak.. saya adalah silent reader blog awak ni. tahniah sangat2. seronok mendengarnya. moga saya juga dapat merasai detik-detik indah macam awak jgk. jaga diri, jaga kesihatan tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thnx sis,, insyaAllah,, kelak masamu akan tiba.. sy doakan,.

      Delete