Saturday, June 12, 2010

Hei.. Pakguard Jahat!

Suami yang ingin ke kelas tiba-tiba menelefon.

"Ya, call adik Ad, tanya semalam masa dia pinjam kereta ada calar tak?"

Toing! Sumthin come out from my mind. Ini tak lain tak bukan kerja Pakguard jahat itu.

Hairan. Tidak. Semua bukti menjurus kepada pakcik hitam berkilat itu. Selama saya park kereta di luar guarded area, tak pernah kereta itu ditoreh. Sejak Selasa lepas adik pinjam kereta itu dan baru pulangkan semula tengahari semalam.

Sebaik sahaja dipulangkan, hari ini dah kena toreh. Selepas kejadian tempoh hari. Setelah saya laporkan kepada pengurusan. Ahh, pengurusan lembab. Selepas dapat panggilan dari suami tadi, saya terus telefon ke pengurusan semula. Jam 1.00 tgh, hari ini halfday, saya kena cepat bertindak.

Saya sudah bilang tempoh hari, saya mahu guard itu ditukarkan serta merta kerana kita tidak tahu apa bahana yang dia nak buat lepas ni. Sah! Sangkaan aku benar belaka (cam lagu Ameng ke Ukays ke ha? Penah dengar je statement ni)

Pengurusan minta tempoh seminggu lagi untuk tukarkan guard itu. Apa? Another week? Saya bilang sama dia, kalau kereta yang park di luar boleh ditoreh, lagi pula kereta depan mata dia dalam guarded area. Kan? Hep.hep. Bukan aku prejudis, tapi sediakan payung sebelum hujan, masak nasi bila lapar. (Hei..mana kau belajar peribahasa broken ni. Sengal!)

Saya kata, I want an immediate action! If not, I've no choice but to lodge a police report. This is the matter of residents's security. Understand? Hah. Ugut sikit2 je.

Emosi ketika ini mahu saja ke guard house dan baling telur busuk atau lauk basi atau? Atau apa? Dah. dah. Jangan ikut kata Syaitan. Baik!

No comments:

Post a Comment