Why? Sebabnya hari ini tiada seorang pun makhluk bersama saya di bilik opis saya ini. Dengan erti kata lainnya. Merdeka!
Saya boleh buat apa saya suka. Saya buka internet, saya buka lagu, saya buka.. Apa? Hey hey. Jangan pikir lebih-lebih.
Namun begitu di saat saya berhorrey2 ini, tiba-tiba saja rasa bosan dan dungu. Dungu tahu? Sebab tiada sesiapa untuk diajak bercakap. Hanya jari jemari ini sahaja keletak-keletuk mengetuk papan ke-mana? ke-kunci la. Hahaha.
Apa hek nak buat? Heish, ada baiknya kamu ambil wudhu', baca Al-Quran sebelum masuk waktu Asr sebentar lagi. Hihi. Lagha betul la hari ini. Solat Zuhur tadi pun menunggu jam 2.30ptg.
Aaaa. Bilakah jam mahu duduk di angka 5! Saya sudah tak sabar menunggu bergolek2 di depan TV sambil makan cucur pisang cicah segala yang boleh dicicah. :D
No comments:
Post a Comment