Monday, June 21, 2010

Huuu..lapa..lapa

Aik? Pagi2 dah lapar?

Hari ini saya berpuasa. Menyedari tinggal beberapa hari saja lagi masuk Ramadhan.
Malam semalam tidur lewat juga. Jam 1.00pg. Tanpa sempat say hi2bye2. Edward Cullen pun tak sempat singgah dalam tidur. Letih!

Oleh kerana hb tiada, saya ambil keputusan inilah masanya untuk qada' semula puasa. Kerana sudah pastinya nanti saya tiada kawan mahu makan. Maka dari saya sedih sorang2, baik saya puasa. (Hish! Salah niat ni.. Puasa kan untuk dapat pahala)

Bosan sungguh pergi kerja hari ini. Pergi jalan2 ke bilik jahitan, x ramai ahli jemaah untuk praktis tangan kaku kami. Uuuh.. rasanya tentu seronok kalau dapat bantal dan tilam ketika ini. Perut dah berdondang sayang, baru jam 10.00 pg. Sure petang ni saya akan muntah2 dulu, tanda2 hari pertama puasa. Haha! Macam budak kecik. Tapi itulah saya. Memang suka nak muntah2 ni. (Heh., geli la jangan cerita mende macam ni, boleh?). Saya sakit, saya vomit, saya stress, saya vomit, saya geli, saya vomit. (Xguna perkataan tu kan, so kira boleh la)

Apasal pagi ini terasa begitu bosan...

No comments:

Post a Comment