Sampai dari Langkawi pada jam 3.30pagi Isnin. Sampai saja di parking lot, Pak Guard dah cari pasal dengan saya.
"Kereta kau parking kat luar"
Hek eleh, lansi gila PakGuard ni. Aku yg keletihan terus rasa ingin menyinga. Tak menyempat ke nak bagi arahan keluar dari parking area. Saya capai luggage dan rasa nak lontar kat muka orang tua ni. Memang suka cari pasal.
"Pakcik ni ape hal? Tak reti dah cakap elok2?". Sambil tangan capai Hp dan dail suami.
"Bang turun jap bang, Pakcik GUard ni cari pasal lagi"
Lagi? Iyer, LAGI. Sebelum cerita lebih panjang, Pakcik ni dah cari pasal 4 hari lepas lagi. Biarlah saya flashback. Tringgg~ (jgn lupa buat sound effect)
Tarikh: 3/06/2010
Jam: 4.00pg
Hari ini bertolak ke Langkawi. Sebelum itu saya perlu ke rumah Kak N di Telok. Maka oleh kerana tahu luggage saya maha berat dan besar, maka saya park keretakesayanganku di dalam. FYI, keretakesayanganku tiada sticker, yang ada hanya keretakesayangansuami sahaja.
Oleh kerana suami juga outstation dan tak mahu susahkan abang, maka saya willing untuk keluar dari rumah jam 4.00pagi. Keluar saja ke parking, lihat keretakesayanganku sudah di'clamp'. Ok ow, saya in a middle of run to catch the ferry at 11 in Kuala Perlis. Time ini lah nasib begitu malang.
Minta PakGuard tersebut membuka clamp. Alasan saya:
1. Saya baru park jam 10malam sebelumnya.
2. Tiada notis untuk peringatan. Mana boleh suka2 hati dia nak clamp.
3. Kalau saya tiada pass masuk, takkanlah saya boleh bawa kereta tiada sticker tu masuk. Reti?
Tapi PakGuard tu mula membebel2 dan menunjuk berapa ramai dia dah clamp. Ada haku kesah?
Nak menangis aku dibuatnya sebab dah hampir 4.30 pagi. Ahh, rasa nak sepuk saja PakGuard tu. Ai admit my mistake ok, x tulis di dalam buku log dia, mana saya tahu perlu buat begitu? Tiada arahan di mana2 pintu Guard pun?
Last2, ada 2 orang brader lalu, sambil cakap..
"Kau bagi je sorang seploh hengget, mesti dia bukak"
Uhh, camne aku tak terpikir ke situ? Sudahnya aku tanya PakGuard kerek tu
"Pakcik nak apa sebenarnya?. Cakap, pakcik nak berapa ringgit?
Saya tak ada duit banyak sangat coz belum draw (gila ko nak ngaku ada duit? kang dikapurnya saya, menyesal!). Nah le pakcik, sorang seploh rengget."
Sambil mata saya tengok Guard Bangla sorang lagi, saya hulur rm20 terus pakcik tu cekau. Dan dia terus ke kereta haku buka clamp. See? Pakcik itu begitu JAHAT! Aku benci PakGuard rambut kerinting muka hitam berkilat cam tak mandi tu. Apa dia ingat dia Nordin Ahmad ke? Wahh., saya jadi begitu emosi dowh!
Sambil menyumpah-nyumpah di dalam hati, rugi rm20 untuk tol ke Telok nanti.
Tarikh: Pagi kejadian 7/06/2010
Tempat: Lokasi yang sama seperti kejadian kelmarin dulu.
Sambung cerita tadi, sebaik suami turun, dia meng'catch up' saya di Guard House. Dari jauh dia sudah dengar PakGuard tu menengking2 saya. Maka, suami jadi begitu marah dan menghambur kata2 kurang hajar kepada Pakcik.
"Kau jangan naikkan darah aku."
"Pakcik, tak boleh ke cakap tak menengking2?"
"Kau jangan naikkan darah aku..."
"Oh, darah pakcik je pakcik kire, saya ni xde darah?"
Aku rasa nak gelak pun ada dengar suami menjawab PakGuard tu. Tapi aku pun x boleh blah dengan ke'kerek'kan PakGuard tu. Aku pun turut tambah nasi. Haha
"Pakcik, mak bapak pakcik ni tak ajar pakcik ke jangan jadi kurang hajo"
Then, bila suami tengok saya sudah menaikkan hangin saya, dia pun jadi cool down.
"Dah la Ya, jangan layan orang macam ni. Susah cakap dengan orang tak sekolah camni"
Aku pun ambil kunci kereta, masuk kereta dan park di luar. Mesti PakGuard tu rasa dia dah menang, kan?
Bila saya lalu semula di GuardHouse, saya kata
"Puas hati Pakcik?"
Pastu aku dengar PakGuard tu membebel2, suami terus tarik tangan saya untuk naik ke rumah.
Sambil jalan, sempat lagi saya cakap
"Saya tak halal duit tu, pakcik bagi makan anak bini. *ial tul pakcik ni".
Kuat2 saya cakap. Biar dia lagi membara. Sebab saya dah tahap kemuncak kemarahan.
Masuk rumah, suami terus duduk dan termenung. Saya tahu apa difikirnya. Tapi saya sudah tidak bermaya lagi. Saya mandi dan terus terjun ke katil. Lihat jam menganjak ke 4.15pg. Pakcik itu betul2 membuang masa saya. Baru saja mata ingin tertutup, telefon berdering. Ahh..siapalah call pagi2 buta ni.
"CikYa along dengan ayah kat bawah ni. Bukak pintu ayah nak masuk"
Aih, kata nak dtg esok, kenapa awal sangat. Aaa, mak, Ya letih, tak larat la nak bangun lagi.
Masuk rumah saja, Abg Lim terus kata Guard tu apsal kerek semacam. Lah? Abg Lim pun kena juga?
Guard tu tak bagi abang saya masuk, alasannya sudah jam 4.30pagi. Heii, mana boleh begitu, sepatutnya tanya la dulu saudara yang mana, telefon dahulu owner.
Pakcik yang sama mengugut nak clamp kereta abang saya. Tapi PakGuard itu tak berani lah dengan abang saya kerana abang saya lebih besar saiz dari dia.
Jam 5.00pagi akhirnya saya dapat tidur jua. Sesedar jam 7.45pagi. Hasrat ingin ke ofis terkubur begitu saja. Saya sambung tidur semula. Jam 10pagi bangun, Kak Ila sudah sediakan breakfast. Alah sekali sekala saya malas, itu pun bersebab. Tak larat weih!
Abang keluar jam 1.00tgh untuk ke Plaza GM, elok saja kereta dia tak kena clamp. Nampak sangat PakGuard ni bias. Takutlah tu dengan saiz abang. Mentang2 lah saya perempuan. =< I like! (Huhu.. Jahat Mode)
Agaknye jika kami semua turun untuk sepuk Pakcik itu beramai2ramai untuk perlindungan diri (hehe, boleh gitu? Setelah Pakcik itu ugut memberitahu anak2nya), mesti dia kata 'Aik, adik beradik sama saja'. Hehe...
No comments:
Post a Comment