Tuesday, June 15, 2010

Kan saya dah bilang!

Masih ingat kejadian keretakesayanganku dicalar pakcik guard jahat tu? Hish, entry bawah saja, sila lah baca semula.

Sambung cerita itu..
Sebaik suami pulang dari kelasnya jam 7.30malam, masuk pintu rumah dia bersuara

"Kereta abg pun kena juga.. Mlm ni kita pegi buat police report."

Aku menurut je. Lepas solat tu kami terus ke balai. Selesai mereport, pegawai penyiasat tu kata

"Apa masalah guard tu?"
"Aik, cik tanya saya, mana lah saya tahu?"

Hish, ada patut suami kata tak tahu, kalau saya la confirm saya kata guard tu dah ada mental illness. Tak boleh diubati lagi. Kena duduk Tanjung. Tak boleh kerja di mana-mana lagi. (Mode jahat! Saya sungguh beremosi dowh!)

Sedangkan hakikat sebenarnya saya kena duduk jauh, hanya suami saja boleh bercakap dengan pegawai penyiasat tu. Macam dia tahu2 saja yang saya akan membebel mengutuk PakGuard Jahat tu.

Dan semalam, saya menunggu bersama suami berjumpa dengan Mr. Ivan Ho dari pemaju, tapi rupanya dia cuti. Tunggu boss sorang lagi pulak tak masuk2 ofis. Hei.. saya sudah kurang sabar untuk menghambur kata2 nista kerana kelembaban mereka bertindak!

Sampai ke hari ini, masih menunggu tindakan pemaju. Jika tiada tindakan Cik Penyiasat Balai Polis tu syorkan kami buat another report (Free je la, boleh buat 100 kali pun mereka okey saja. Haha!)

Op. Sudahlah. Sekarang tengah me'marking' paper. Sat lagi nak kuar bfast wit suami. Oleh kerana sume member2 bercuti dan saya tiada kroni untuk diangkut makan pagi2 ni, maka saya minta suami dtg dan temankan saya makan. Heh.heh.heh. (Boleh gitu? Bolehlah!)


No comments:

Post a Comment