Saturday, June 19, 2010

Hujung minggu yang produktif

Produktif? Takrifan please...
Bangun pagi2 (takde la pagi sangat! Standard pagi weekend ialah jam 9.00, ok?) kemudian saya bergolek di ruang tamu dan On lappy.

Huhu, tidak sabar menghabiskan sisa novel Twillight yang di'donlod' free. Keterujaan semasa tonton cerita ni di wayang tertayang2 di layar kepala saya. Baca sampai lewat pagi jam 3.00 semalam namun tak berjaya menghabiskan. Azam hari ini: Twillight sepanjang hari.

Selesai branch jam 11.00pg, saya mulakan aktiviti menyiapkan baju kurung pemberian rakan2 semasa ingin bertukar dahulu. Tinggal sedikit saja lagi. Tikam leher, sembat dan silang pangkah serta jahit kain..Selesai! Isnin boleh pakai! Saya suka pakai baju baru dan seingatnya sejak kembali bekerja semula ini baru beberapa kali saya beli baju baru.

Stop jam 2.00ptg saya tiba2 mengidam tonton semula Twillight dari DVD. Maka muvee marathon utk Twillight dan New Moon pun berlangsung. Di tangan pula saya buka novel Twillight. Haha! (Gila kau! Apa yang mengidam sampai begitu sekali? Kenan anak rupa Edward Cullen mahu? Mahu! Mahu!)

Saya tonton sehingga jam 6.00ptg dan teringat suami akan pulang bila2 masa saja. Perlu menyediakan kelengkapan perut yang lapar ini. Goreng pisang (atau pisang goreng? Yang mana satu? Lantaklah) dan goreng nasi (Hei, lepas ni sila lah komplen kadar lemak di perut ya!).

Kemudian saya continue menjahit semula. Stop seketika beri laluan pada kewajipan kemudian sambung semula aktiviti jahitan. Then tepat jam 11.00malam baru on lappy semula. Sambung membaca Twillight semula.

Lewat lagi lah malam ini mata beradu...(Kenapa akhirnya kelihatan saya not in da mood?)

No comments:

Post a Comment