Seorang suami yang ada affair.
Bagaimana boleh berlaku?
Meh kita bincang!
(1)
Long distance relationship.Atau bahasa sekarang PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh).
Orang kata kalau berjauhan kita kena percayakan suami seratus-peratus. Saya rasa tidak benar sama sekali. Curiga mesti ada. Sebab seratus-peratus percaya itulah aku frust menonggeng seketika.
(2)
Hubungan dan tak macam masa bercinta.Kalau sebelum berkahwin, sejam dua bergayut rasanya normal. Entah apa dicecehkan. Selepas berkahwin semuanya kena control perbelanjaan, apatah lagi duduk berjauhan ada '2 periuk'. Estimate bil punya pasal, rupanya suami belanja bil telefon ke tempat lain. Pengorbanan menahan rindu supaya ada duit buat tambang bertemu setiap minggu jadi kesan negatif pulak. Hish. Sekarang jangan risau, digi murah, u-mobile murah. Boleh gayut lama-lama walaupun lepas kahwin. Semasa saya berkahwin dahulu bil telefon paling ringan tiga ratus setiap bulan.
(3)
Suami dah rasa kita hak mutlaknya.Dahulu masa bercinta takut si kekasih lari kahwin dengan lelaki lain, maka dijaga hati dan jiwanya sebaik mungkin. Selepas berkahwin, dia tahu isteri telah sah menjadi miliknya dan tiada apa yang perlu dikhuatirkan lagi. Rasa 'lega' itu digantikan dengan keterujaan mengejar hati yang baru, seperti semasa suami mengejar si kekasih sebelum bergelar isteri dahulu. Setuju? Next!
(4)
Saham suami naik selepas berkahwin. Saham isteri jatuh merudum memegang gelaran Puan.Andai dahulu sebelum berkahwin, bersidai-sidai lelaki menunggu peluang memikat si kekasih bakal isteri.
Masa itu, zaman si kekasih masih harum si dara, mestilah saham meningkat bak Bursa Malaysia. Lebih pula andainya ada rupa, bekerjaya, berkereta, berpelajaran. Lelaki sekarang pandai juga, mencari isteri yang stabil untuk mereka. Kerana saham si kekasih yang mencanak-canak, si bakal suami rasa perlu menjadi 'pemenang'. Adat lelaki ego tinggi. perlu mendapat apat yang dihajati. Saham mereka pula asalnya biasa-biasa saja. Setakat baru mula kerja, manakan dapat pendapatan empat angka bermula digit empat juga. Setelah berkahwin, saham isteri jatuh bak bulan jatuh ke riba, kalau bulan yang jatuh tak mengapa. Saham mereka yang berganda meningkat, kerana catalyst kewangan bak ibu roti, dari pendapatan empat angka bermula dua, akhirnya meningkat serta-merta dua kali ganda!
(5)
Suami saja suka-suka. Mengisi masa lapang.Boleh ke gitu?
I: Agak-agak ada sebab lain tak?
No comments:
Post a Comment