Namun, permintaan suami agar saya dedicated perjalanan zuriat kami ke bentuk blog ini insyaAllah akan saya usahakan. Akan saya buka sebuah blog khas untuk anak(anak) saya nanti. InsyaAllah. Dengan izin Allah, akan saya asingkan kisah-kisah perjuangan TTC dan perkembangan anak-anak. Agar kedua-duanya dicapai dengan tujuan berbeza oleh segelintir pembaca blog ini.
Sepanjang hampir 5 tahun berusaha untuk mendapatkan zuriat dalam usia perkahwinan menjangkau tahun ke 8 (sebenarnya masih dikira tidak terlalu lama berbanding sesetengah rakan TTC), saya faham kita sering diajukan soalan mengguris perasaan. Ramai yang 'caring' tetapi ayat yang dikeluarkan kerapkali mengguris perasaan. Saya tidak terkecuali. Sepanjang perkahwinan ini, ada 2 kisah yang benar-benar mengguris perasaan saya sebagai isteri. Baru kini saya tergerak untuk menceritakan semua. Sekadar kata-kata rakan sepejabat dan jiran tetangga segalanya saya boleh lupakan dan saya jawab. Namun kisah ini membuat saya terkesan sepanjang hayat.
Saya terkenang saat kakak kepada En.S memperolehi zuriat ke-2, seorang bayi comel perempuan, kira-kira dua tahun yang lalu. Demi menjaga hati keluarga mertua, saya pulang bagi meraikan majlis 'berendoi' atau 'potong jambul' tersebut walaupun saya dapat merasakan 'kata-kata' yang bakal dilemparkan kepada saya.
Pada hari majlis berlangsung, saya masuk ke bilik bayi yang bersama-sama ibunya sedang menanti berzanji tamat dilagukan. Sambil bermain-main dengan pipi gebu si comel, ibunya bertanya 'maksu bila lagi?'. Saya hanya tersenyum. Serasa saya, saya hanya mengabaikan pertanyaan tersebut atau 'buat-buat pekak'. 2-3 orang anak saudara di sekeliling si comel juga asyik mengulitnya,tidak faham akan perbualan kami tadi. Kemudian saya segera beredar, serasa tak sanggup melihat bayi tersebut kerana seolah-olah soalan yang dilemparkan bukan dengan tujuan 'caring' tetapi seperti 'kau ni nak tunggu apa lagi, asyik belajar je, merancang ke?'
Saya segera melabuhkan punggung di kalangan tetamu-tetamu. 2-3 orang anak saudara lingkungan usia 4-5 tahun yang tadinya di dalam bilik bersama-sama ipar saya tiba-tiba mengerumuni saya di celah-celah tetamu yang hadir dan bertanya soalan yang sama diajukan kakak ipar tadi.
"Mak su bila nak ada baby..?" mereka mengasak-asak inginkan jawapan saya di celah-celah bacaan berzanji yang sayup-sayup.
Dalam hati terdetik..Alahai, budak-budak apalah yang mereka tahu dan faham. Siapalah yang meng'ajar' mereka soalan-soalan begini. Saya hanya menjawab, di dalam hati terdetik dari mana soalan ini mereka 'belajar'.
"Doakan la Maksu ada baby ye.." Air mata terasa bergenang, saya tahan-tahan.
Sebaik tamat bacaan berzanji, para tetamu bangkit untuk bacaan selawat. Ibu mertua yang ingin menjaga hati saya menyuakan talam berisi buah kelapa ditebuk dan berhias cantik untuk dibawa mengelilingi tetamu yang hadir. Si ipar tadi menggendong bayinya. Sebak tadi masih belum surut. Kini saya terpaksa menatang dulang mengiringi ipar sambil mengelilingi semua tetamu. Setibanya kepada adik kepada ibu mertua, tiba tiba beliau bersuara lantang sambil memeluk saya berhadapan dengan para tetamu.
"Ni hah..dah lama kawin entah kenapa tak ada-ada anak. Doakan la ya"
Ya Allah. Rasa ingin berjurai air mata saat itu juga. Saya terasa dimalukan di depan semua khalayak. Begitukah caranya ingin mereka para tetamu mendoakan saya. Saya terkedu. Tangan rasa menggigil menatang talam. Saya gagahkan diri. Saya berjalan pantas-pantas, menyegerakan 'tawaf' semua tetamu, meletakkan talam dan masuk ke bilik. Saya menangis sepuas-puasnya. Tangan pantas mencapai handphone dan mesej ringkas dihantar kepada suami.
"Petang ini juga mama nak balik."
Pujukan suami menyebabkan saya bertahan untuk malam itu dan keesokan harinya awal-awal pagi lagi saya sudah menyiapkan diri untuk pulang. Saya tidak betah tinggal lebih lama.
Hingga kini, saya berusaha untuk berfikir secara positif, tetapi saya gagal. Saya tetap terkenang maruah saya seolah dipijak-pijak, perasaan saya seolah-olah dibanting, 'ambil berat'nya umpama seguni beras dihempap ke kepala. Saya masih tidak dapat berfikir apa rasionalnya saya di'umum' secara besar-besaran sewaktu upacara itu. Tak tercapai dek akal saya ini. Lebih-lebih lagi dia juga orang yang sama 'marah-marah' kerana adat 'tol' di negeri kelahiran saya semasa saya bersanding di atas pelamin dahulu. Seolah-olah 'tol' tersebut dari poketnya. En.S bersanding di sebelah saya turut berubah riak wajah kerana hamburan kata-kata ibu saudaranya itu.
Sekiranya yang bertanya dan memberi cadangan itu rakan seperti kisah ini, mahu lantang mulut ini menghambur semula. Iyalah. Geram juga hati ini. Kalau mereka boleh bertanya 'suka-suka' sesedap rasa. Suka-suka dan sesedap rasalah saya ingin menjawab bagaimana. Tetapi, perasaan hormat kepada orang tua saya masih tebal. Saya tak ingin keruhkan hubungan persaudaraan dengan keluarga En.S. Hingga kini, setiap kali perayaan saya tak pernah gagal ke rumah ibu saudara En.S tersebut. Saya anggap dia 'orang tua' yang bercakap ikut sedap mulut sahaja, seperti kakak En.S juga.
I: Lebih baik kamu diam dan tak kata apa-apa kepada soal anak, dan jodoh. Kadang-kala, ayat dan sikap itu tak kena tempat.
oh... saya dah biasa dengan perkataan mereka semua ini... cuma saya kalah kalau ibu bapa sendiri yang bertanya... Kalo manusia lain saya ignore kan ajer... Sekarang dah boleh tahan kebal berbanding dulu yang agak touching dengan manusia2 sebegini...
ReplyDeleteBenar itu. kalau yang keluar dari mulut ibu sndiri atau merta, lebih-lebih lagi pedihnya. Tetapi sekali terkena di khalayak, rasa terkedu tak terkata!
DeleteSalam perkenalan..saya slalu baca blog awak n follow. Saya dah 10thn kawen.awal 7thn kawen saya slalu sentap dan selalu buat 'perintah kurung diri' bila ada kenduri. Sesak nafas bile ditanye bila?xmau anak ke?merancang ke?pegilah situ...pegilah sini dan paling2 guris hati "ko diammm kan jek mcm ni xbuat ape2 ke?perluke kita bgtau semua org ape usaha kita?alhamdulillah parent kedua2 xpenah tanya.dan skarang saya redha umur pun dah 33tahun..awak jaga diri ye.
ReplyDeleteSalam Sis,
Deletebenarlah bagai dikata, hanya yang melalui akan me'rasai'. Kadang-kala terfikir juga di otak ini, apa kata kalau anak-anak/adik-adik mereka di tempat kita. Adakah mereka akan keluarkan kenyataan begitu? Ibu saya juga kadang-kala saya tegur, andai mulutnya tanpa sengaja bertanyakan perihal jodoh &kahwin pd sahabat2 saya. Orang yang terdekat bolehlah kita tegur, kalau dah makcik2 tua tu, nan hado je!
ye.saya pun penah rasa pengalaman tu..hanya org yg alami je yg tau..kan..apepun tahniah sebab dah sampai rezeki baby utk awak..thanks for sharing info2 psl TTC..salam perkenalan :)
ReplyDeletethnx sis. salam perkenalan kembali. Moga Allah kabulkan doa kita untuk memiliki zuriat sendiri,.Amin
Deleteassalamulaikum kak, sy nk tya kos ivf dan kat mana akak buat?
ReplyDelete