Friday, April 30, 2010

Persediaan I.U.I


Hari: Jumaat (30.04.2010)
Hari ini bangun agak awal. Jam 6.30pg dah bangun. Hari ni nak pegi LPPKN untuk ambil darah.
Jammed teruk giller bila area Plaza Pheonix Cheras. Jam 7.15pg masih di stesen komuter Kajang mencari parking utk kereta aku, sbb tu terjebak jam di situ~

Hb drive dgn kelajuan 5km/j. Humang..lambat gila, lepas tol Besraya Hb cilok lalu contraline utk ke KL. Contraline lak lagi kemut dr mainroad dia. Arghh..

Hari ini cuaca sungguh baik, macam saya! Pelangi bercahaya2 sepanjang jalan. Dari suku, menjadi separuh bulatan. Wahh.. aku nak tunjuk pun tak berani, takut tangan kudung. (kepercayaan yang tahu x logik, tapi masih aku turutkan)

Lagi 15 minit nak sampai LPPKN, Hb suh call dulu.

Aku: Assalamualaik.wbt
Nurse: Wslm.
Aku: Saya nak tanya, hari ni 3rd day menstrual saya, saya nak datang untuk ambil darah ni.
Nurse: Adik no.ic apa?
Aku: Bla bla bla
Nurse: Hari tu adik dah buat ujian darah, x perlu ambil lagi. Sekarang adik kena jumpa doktor, tapi kenapa x buat appoinment dulu?
Aku: Nurse aritu cakap saya kena repeat semua ujian darah, mana saya tahu dah dia kata cmtu.
Nurse: Camni je la, adik dtg semula hari Isnin

OMG! Dah menempuh jammed sejam lebih, dia suh aku dtg kemudian. Aku bgtau aku dah OTW.

Sampai2 di LPPKN, nurse tu lak marah aku sbb x tanya bebetul. Hait! Sungguh hairan! AKu yg dipersalahkan. Nurse siap tanya siapa yg cakap camtu. Mana lah aku ingat, dah sebulan berlalu.

Tapi Kakak Nurse yang baik hati itu menyedapkan hati aku, dia cuba bincang dgn doktor utk masukkan slot aku hari itu juga. Nasib baik!

Tunggu sehingga jam 9.30, nama aku dipanggil. Jumpa doktor. Doktor cakap elok2, aku sejuk hati. Dr. Komathy bagi 2ubat, 1still Clomid, and 1more is tube Folliova. Semua untuk stimulate my ovum since last month punya cycle hanya sebelah kiri yang mempunyai telur matang. Dan seperti diketahui, fallopian tiub yg kiri bermasalah, so no used aku buat IUI utk cycle lepas.

Folliova dibekalkan dengan ais, untuk menjaga mutu ubat tu. Doktor bg option either utk cucuk sendiri di kawasan perut atau aku ke klinik berdekatan untuk suntik di intermascular section (punggung or else). Of course choice aku ke klinik, x berani mencucuk diri sendiri.

Total cost for today: Consultation RM10.00
Ubat-ubatan: Clomid + Folliova dalam RM230.00

(resit boleh hilang pulak! cuai betul, nanti try cari semula utk filing)
Ketika dapat instruction last before aku balik, baru aku perasan nurse yg salah bagi instruction pada aku bulan lepas. Kalau x sure, jangan la pulak memandai nak jadi doktor. Hm..pening..



Cantik sungguh pelangi2 ni. Lama dah x nampak...


So. Malam ni start with Clomid, 2tablet after meal. Esok baru mencucuk selang sehari sebanyak 3x. Chaiyo!


Thursday, April 29, 2010

Popia Ali

Hurmm..
Nak cerita sikit pasal malam tadi.
Hb ajak keluar ke bank, so cam biasa terus la nak g dinner sekali.
Tapi mmg dah totally B.L.U.R nak makan apa sbb tekak dah rasa jemu nak makan apa saja.
Hanya pikir makan untuk mengenyangkan perut kami. Selebihnya, tahap kebosanan melampau sampai xtahu nak buat hape malam tadi menyebabkan kami ronda2 pekan Kjg dengan tanpa matlamat.

Pastu aku nampak kedai makan kat taxistand Kajang, terus rasa nak lepak2 minum2 jap. Hb pun setuju.
Lalu la kedai jual popia dekat2 area situ. Ramai sungguh orang beli. Aku pun apa lagi, terus la rasa nak try.

Hb tunggu di kedai makan, aku lak menapak lebihkurang 15saat berjalan ke kedai (actually dia guna lori dan park tepi bank CIMB Kajang). Aku pun terus oder kat tokey.

Aku: Pakcik, 1 bape?
Pakcik jual popia: Satu 60sen. Ambik 6 tiga ringgit.
Aku: Ok, bagi 3 basah 3 goreng.

Maka dengan selambenye, pakcik tu terus mengaut 3 popia basah dan 3 popia goreng ke dalam kertas pembalut with his BARE HAND!!

Terkedu aku menengoknye. Dah la tangan pakcik tu gelap2 sikit dan nampak sungguh comot. Mmg siut tul, mati selera aku tiba2. Bila pakcik tu bagi, aku terus ambik, bayar dan blah.

Pastu Hb pasan muka aku kemut2 masa duduk sambil dok perati pakcik tu dari tempat kami duduk lebihkurang 5 meter je dari kedai dia. So, aku nampak pakcik tu borak2, salam2 member dia yang lalu lalang, garuk2 pala, garuk2 leher, pegang2 rambut!!!!!!!!

Waaaa, lagi la selera aku berlari kencang meninggalkan aku. Terbayang segala peluh2 dan kuman kat popia tu. Eiii..Yakh..

Hb tanya kenapa, aku pun citer la, then dia kata xyah la makan, share nasi goreng dgn dia je. Aku pun duk diam je sambil pala ligat2 pikir nak buat hapa dgn popia tu.

Tetiba je aku bangun, capai semula bungkusan popia tu dan terus jalan ke kedai tu semula.

"Nah pakcik, saya rasa saya tak mampu nak makan popia ni.
Tadi pakcik ambik tak pakai pape pun."

Pakcik tu terkejut, worker dia (Indon) terkejut, dan aku juga terkejut. Sungguh di luar kawalan aku!

Bila aku lepak semula di kedai makan tu, aku nampak pakcik tu berambu2 tangan dia kat langit, kat jalan, kat AKU (macam citer ANAKMAMI) dengan muka bengang sambil dok citer kat orang yang tengah beli kat dia.

Hish.. aku senyum je la, sambil cakap kat Hb yg pakcik tu for sure tengah ngumpat aku. Tapi tak kisah lah. Yang penting pasni dia akan ingat apa yang aku dah buat dan harap pakcik tu berubah la (menjaga sikit kebersihan diri dia waktu meniaga).

Tak lama lepas tu, worker dia datang dan pulangkan semula duit aku. Aku tak mintak pun dia pulangkan. Tapi orang dah bagi, ambik je la. Dan bila ada budak dtg mintak Derma dari anak yatim, aku bagi duit tu pada dia. So win-win situations la.
Aku x kisah makan di mana je, janji halal dan bersih. Kalau pakcik tu buat bukan depan mata aku, mb aku boleh lagi terima sbb x tahu. INI TERANG2 DEPAN MATA AKU DIA BUAT CAMTU. Geli tekak wei.


So, balik dari ronda2, aku terus buat air, makan biskut gula cecah nescafe.

Dan seperti biasa, aku keluar malam itu hanya untuk beli dan pulangkan semula popia. hehe.

Monday, April 26, 2010

Hari yang menguji kesabaran

Sabtu (hari yang rajin. ingat?) selepas Hb balik dari XM, tunggu jam 4.00ptg bergerak ke Banting. Hari ini berjanji jumpa dengan bakal penyewa rumah.

Selesai sign tenancy agreement dan Encik penyewa membayar deposit serta sewa bulan depan, cepat2 aku pegi Cash depo sbb takut terguna duit-duit-duit tersebut. Anyway bulan ini bulan pertama aku kena bayar dengan pihak bank PBB (Pantas Bergerak Bertindak) yang mmg cekap bab2 permohonan housing loan ni. Kalo harap MBB (Malas Bekerja Bertindak) sampai sekarang masih pending. Rugi la MBB x dapat duit aku tiap2 bulan, sapa suruh buat onar dengan HAKU. Aku marah ni weihh.

OTW balik dari Banting sudah jam 8.00malam, maka dengan perut berkeroncong haku pegi la makan dengan Hb di gerai tepi jalan saja.(murah dan mudah). Selesai melantak, terus ke Billion membeli beras tinggal seciput.

Hb: Jom mancing udang (dengan sengih2).
Aku: Gila hapee. Dah kul bapa ni (fyi, masa tu dah jam 9.30mlm)
Hb: Ala, abg tension la, nak release.
Aku: okok. Ikut suka la.
Hb: Kita ajak angah n husband sekali.
AKu: Okeh.

Singgah rumah angah, ambil diorang suami isteri dan Aca terus ke Batu 9 Hulu Langat ke kolam mancing udang entah di ceruk mana. Aku ikut saja.

Di penghujung malam itu, kira2 jam 12.30 T.E.N.G.A.H.M.A.L.A.M kami pulang dengan hasil tangkapan yang banyakkkkkkk sangat

4 ekor udang dengan harga RM70.00

(Pasti udang ini udang paling sedap didunia)

p/s: nyesal pun ada, baik bawak duit RM70.00 tu ke TESCO, aku dapat berkilo2 udang tanpa perlu digigit agas dan nyamuk!. cuma istimewanya adalah udang RM70.00 yang aku dapat malam itu dibekalkan sekali dengan nilai kesabaran selama kira2 3jam. :))

Hari yang malang

Huhhhhh..

Jumaat lepas xcited beli plan DuitOrangMalas.com harga RM50.08. Hingga hari ini xde apa2 feedback dari owner.

Tipah tertipu. Tipah tertipu bang!

Grrr..Gerramm.

And now i realize that nothing in this world is so easy when it comes about money. All the easy income may lead to cheat, lie or scam.

Rasa nak saja pergi buat police report. Patut la Mr.M (nama samaran owner DuitOrangMalas.com) boleh naik BMW, rupanye dengan cara menipu (orang2 seperti aku). Aku naik BMX saja. Huh. Felt pretty bad.

Pengajaran yang boleh diambil adalah, sebelum membuat sesuatu selidik dahulu, jangan mudah terpedaya dengan kata-kata manis dan offer2 yang konon limited, while stock last la, bla2 la. Coz itu semua PENIPU. Marketing strategi.

Hairan juga aku boleh tertipu kali ini, sedangkan selalu pun aku akan berfikir serasional2nya before taking any decision. Perhaps this (will) be the last bad experience i'll ever had. Sib baik la limapluhengget, kalo 5 juta? i see you in court!

Dan otak ini tidak henti-henti memikir kaedah menjana wang without meeting people, talking too much and provocation which i hated most.

Saturday, April 24, 2010

I'm 29

Kan dah bilang, hari ini aku rajin.
Selepas menulis 2nd entry for 2day, aku pun membuat kerja-kerja surirumah seperti selalu dihujung minggu.
Selesai membuat apa2 yang perlu utk menghilangkan semak di mata, perut mula berkeroncong.
Bubur kacang semalam masih ada, aku panaskan dan aku telan. Sedapnye, bubur kacang campur durian ni.

Seminggu yang lalu on 18th of April genap la 29 tahun aku berdiri di muka bumi Allah ini.
Otak ni mula la memikirkan apa yang pernah aku lalui sebelum ini. Muhasabah diri.

Malam bday x kemana, 2-3 bln ni keadaan fulus agak sesak. So, no planning nak celebrate ke hapa ke. Aku pun x rasa xcited bila menjejak angka 29 ni. Tua dah rasanye (tapi tidak kelihatan seperti itu ye murid2). hahah. pasan.

Pagi tu, selepas solat aku terus ON TV. Hb masih berlingkar sbb membalas dendam minggu XM. mata dah serupa panda.



Xde niat on lampu untuk memberi mood kemalasan. Sedar2 dah tertidur semula. Bangun jam 10.00pg bila matahari sudah memancarkan sinarnye (cheewah!).


Celik mata saja terlihat sesuatu dia atas lappy yang aku tinggal semalam di atas lantai.
















Kucing itu seperti kucing yang aku hilang dulu. (Sbb aku marah Mome kencing sepah2).

Dan ada mesej sayu di Hp aku. Dari Hb.

Hm, esok saja di ofis aku balas guna email. Rasanye tak sesuai membalas mesej Hb pada waktu itu. Selebihnye, x mahu memanjangkan rajuk. Dan malas bersoal-jawab.


Esok: pagi2 lagi sudah melayang email kepada suami


Thanks for the card. Sincerity that counts, not price. - mama


Aku bukan perempuan gila harta benda. Ikhlas dan jujur lebih utama.

Pelvic Adhesions

Hehe. Kan dah cakap tengah R.A.J.I.N.
So ini entry ke2 un
tuk hari ini. (Hah.jgn tegur la)

Oleh kerana hari ini tiba2 mood aku teramat rajin, maka lepas siap entry 1st tadi aku boleh scan medical2 report aku based on my pr
egnancy problems.HISTORY
Sebenarnya aku dah setahun
pergi treatment regarding my pregnancy problems. Dah genap 5tahun (Februari lalu) aku kawin, so kire wasting time jugak le sbb x beroleh hasil lagi (Hish mulut! belum ada rezeki:ahah, klise sungguh)
Sebenarnya aku pernah sekali concieve selepas kawin(of course la lepas kawin.jgn pikir bukan2). Masa tu aku memang betul2 x ready sbb baru sebulan kami jadik lifepartner. Ditambah pulak dengan ChickenPox yang baru elok (kena 2weeks after nikah). So, memang terrible la time tu.

Dan sebab tiada reze
ki dan tuhan memahami ketakutan aku menjadi ibu (masa tu la. sekarang cuba suruh jadi ibu.. berdesup pogi yeh). maka aku pun miscarriage. Lepas procedure D&C tu aku sakit selama sebulan lebih. Bila jumpa doktor di Government hosp (somewhere area Utara) jawapannye..

'Alah.. sakit sikit-sikit tu adatlah'

Sikit ko kate (mula la nak emosi ni). Hari2 aku sakit macam period pain. Last2 mak abah bawak aku balik Kg, berubat di sebuah klinik. Sekali je doktor tu scan terus dia dapat detect yang ovari aku infection dan membengkak. Lepas diberi ubat, terus aku sihat (hahah.gagah!)
So, lepas masalah tersebut, timbul lagi satu masalah lain. Aku mengenalpasti terdapat ketulan di (tet!) dan doktor suggest aku jangan try to concieve dulu. SO, aku pun rilek2 sahaja bersama suami tanpa memikir tentang baby utk setahun (sbb schedule next operation aku kira2 lagi 8bulan selepas itu).

Bila habis mas
alah itu, aku pulak cari masalah.
Bila aku mula bosan kerja, mula la pikiran menerawang mencari sesuatu yang baru utk dibuat.
Maka dengan R.A.J.I.Nnye aku pun apply utk
further study. Maka bila aku dapat belajar selama 3 tahun, selama itu juga lah aku mengelak (hait.hait.tepis) utk preggy.

And now, when everything seems to be O.K, aku pun mula la procedure infertility treatment. Mula2 dulu aku pegi Metro Maternity Banting dan doktor bagi Clomid untuk 3 cycle. Selepas tak berjaya, doktor suggest aku buat Hydrotubasis utk ch
eck womb condition. Di Metro Maternity Banting ni tiada kemudahan untuk S.A (Sperm Analysis) so doktor Banting forward case aku ke Metro Klang sebab di sana kemudahan perubatannye lebih lengkap sekali dengan procedure Hydrotubasis aku.
Hydrotubasis ni cara2nye doktor akan masukkan cecair contrast ke dalam rahim (dipam) then doktor buat UltraSound melalui bukaan faraj.(Huhuh.sakitnye)
S.A pulak (xtahu ke?) xpa
yah citer boleh? Xboleh? ok.ok.
Sperm diambil secara manual (hehe) kemudian dikira. Camne dikira tu tidak la dapat dipastikan, dia tengok camne berudu tu berenang, baper
banyak ada, baper kapasiti dia.
Oleh sebab semuanya O.K pada suami , maka selepas ini semua procedure tertumpu kepada sang isteri (aku la tu)

Result daripada UltraSound (cam ultrasound baby) dicetak. Sampai bergaduh aku dengan doktor sebab aku nak jugak printout UltraSound tu. Last2, doktor tu mengalah juga (hehe.bangga.mahal2 suamiku membayar mesti la aku mahu juga walau apa pun alasan doktor itu)



Dipendekkan cerita, report dari Metro Klang tu as stated below:
As requested, here are the de
tails of investigations:
Tubal patency test (Hydrotubation) on 21.7.2009: Tubes patent
Hormon assay: Report given
Seminal assay: Report given
PAP Smear: Class I (14.4.2009)
Sincerely,
Dr. ***


Hey. WTF xde pun mention pasal condition ovari,rahim etc. Aku betul2 rasa suspicios. Tgk dari result ultrasound tu pun macam blur. Camne dokt
or boleh cakap semua normal ? (based on kesakitan yang amat semasa dipamkan contrast liquid ke dalam rahim). Doktor kata kalau x sakit maksudnye ada block. (Logik ke?)
Lepas ke LPPKN, aku kena repeat semula SEMUA prosedur dari ambil darah D3-5 dan D21 period, makan semula clomid, HSG (Hysterosalpingogram) bla2. sbb doktor LPPKN kata semua result daripada Metro Klang dah lama dan x valid. Aku ingatkan dengan buat di private dulu boleh menyingkatkan masa, rupanya lagi menambah masa dan menyebabkan pengeluaran 2x kos. (Gila!)

LPPKN forward procedure HSG ke Hospital Tawakal KL sebab LPPKN xde XRay machine. HSG lebih kurang sama macam Hydrotubasis yang berbeza 1 pakai Ultrasound n HSG guna Xray. Dua2 procedure pun perlukan liquid contrast dipam ke dalam rahim. (Allah! Lagi sekali?!)


okeh. XRay film ni totally clear. Even aku x penah ambil jurusan doktor (walaupun pernah bercita2,tapi kecundang memikir akan melihat darah membuak2 membuat aku pening). Jelas dapat tengok sebelah kiri fallopian tube tu ada satu gelembung yang besar. Itulah air contrast yang tersekat. Dengan erti kata lain BLOCKED.
Dan sebelah kanan pula berjaya menembusi ke hujung tiub. (Aku suke..!)

Doktor kata at least sebelah lagi ok, walaupun ada interruption sikit. But she will try her best utk IUI dulu.

Normal Plain Film
After contrast a normal uterine cavity is visualized.
The left tube is dilated and no peritoneal spill is seen from it.
The right tube appears normal in caliber and a small amount of peritoneal spill is seen from it.
The delayed film shows residual contrast in both tubes.
Appearences suggest the presence of pelvic adhesions with left hydrosalpinx.

Ini report dari Hospital Pakar Tawakal regarding XRay film tersebut. At least aku berpuas hati kerana aku tahu what happen inside me.

Last week seperti dijanjikan, aku doktor nak jalankan IUI pada aku. Tapi UNFORTUNATELY, telur yang matang hanya di sebelah kiri. So, doktor abandoned case ini dan kena repeat semula ujian darah utk next period cycle. (Sabarlah hati!). Hai, kenapa yang kanan x mahu bertelur ye?!

Hari yang rajin

Hmm, hari ini tiba-tiba aku jadi rajin. (Eh...jangan tegur, nanti malas semula)
Bangun awal di hari Sabtu yang tak bekerja boleh la dikira kategori rajin. (kan?)
Menyiapkan bfast utk suami yang nak pergi berjuang.

Apa patriotik sangat pagi2 ni? Hb berjuang menjawab last final paper dia pagi ini jam 9.00.
Aku pulak yang teruja sebab selepas ini bolehla kami berhoye2. (sukenye!!) \(^0^)/
Oleh sebab dia yang XM, aku pun kena berpantang juga. X boleh jalan2 sesuke hati, x boleh mengajak dia berjalan sesuke hati juga. X boleh makan di luar. Kena masak di rumah utk menjimatkan masa. (Malas tahu!)

Selepas menghantar Hb ke muka pintu, aku mengutip baju2 dia dari bagpack dia. Semalam jam 7.00mlm baru dia balik dari outstation (Tioman). Letihnya aku kalau jadi dia. Pagi ini ada XM pula. Mau mereng kepala aku sbb x belajar. Tp aku tgk Hb rilek2 saja. (Hairan)

Malas menegur suruh belajar sbb bakal mencetus pergaduhan. Semester lepas waktu minggu2 XM lah dia pulun tgk cerita katun Slamdunk. Aku pun tumpang sekaki (anasir jahat sungguh!). Semester ini dia kata khatam 3 juzuk mendengar Quran (dengar tahu, bukan baca. hahah) sambil belajar utk XM.

Masa XM ni la dia pulun makan kismis, kacang pandai (kenal?) dan sebutkanlah segala macam benda utk minda. Macamlah tiba2 jadi genius pulak. (Kalau makan semua tu boleh jawab XM tanpa baca buku, aku nak juge!)

dah.dah. merapu. topik hari ini kan R.A.J.I.N
Lepas mengutip baju dan menyuruh mesin membasuh sendiri, aku terus ON lappy. Print out 2copy tenancy agreement utk jumpa bakal penyewa petang ini.

Siap prepare agreement tu, terus berblog. Kan rajin! hish, teruk betul kalau aku jadi surirumah sepenuh masa.

'Pagi2 dah mengadap komputer!' kalau mak metua tengok, mesti kena reject.

Sampai sini, aku pun dah blur. Out of story. Biasalah. Aku memang camni. Suke keluar tajuk tak semena2.

Friday, April 23, 2010

Silliest Day Ever

Tarikh: 4 minggu lepas
Tempat: Rumah aku
Jam : 9.00 mlmSubjek: Aku.Hb.Grill.Pintu

Mlm ni Hb ajak keluar sekejap. Pegi binding nota dia utk upcoming XM.
Sarung sweater+jeans capai tudung. Klua.
Hb di depan pintu rumah b4 grill.Aku tutup pintu. Perasan Hb terkebil2.

Aku - "Kunci mana?"
HB - "Nape x bawak? Abg ingt mama bawak."Aku - "Selalu kan abg yang ambil sekali kunci kete n rumah"

Dup.dup.dup.We're locked between pintu rumah n grill.Satu keje bodoh. Abg Lan balik Kg pulak. Spare keys pada dia.

Pk.pk.pk. Call.
Hb kata dgn siuttnye. "abg x bawak pape.wallet je ada"
Sib ada fon aku. Hulur pd dia. Call Abg Lan sendri.

"Hello..AbgLan kat mana?" <--soklan bodoh kelihatannye padahal dh tahu org tua tu di mana."Kunci spare rumah saya ada pada abg ke?" <--soklan bodoh ke2 padahal dah tahu dah. Ayat AbgLan serta-merta - "hah kenapa? terkunci luar rumah? S.E.N.G.A.L"Hari tu kena B.O.D.O.H (aku la yang kena sbb penah gak jadik kes ni)
Pk.pk.pk.
AbgLan call husbnd Apuk. dia dtg bawa gergaji besi.Nah. Berbirat tangan hb mengergaji mangga.

Pk.pk.pk.Bukak grill tp cmne nak masuk rumah?
Surf yellowpages guna E72.
Amin. Ada keysmiths terdekat.

Call.call.
Sib dia pickup phone. Hari ini hari Ahad. Patutnye dia tutup, tapi kebetulan dia dtg ke kedai.
Within 10minutes, uncle dah terpacak dpn rumah. korek2 kunci.
sambil nyanyi2 nianinsonnmatakajisemarngeseng.kagum aku uncle cina tu. jampi PRamlee dia baca.x lama, pintu terbuka.mujarab rupanya. korang boleh la try buka kunci kete Ferrari atau Bentley. (kalau berjaya, bagitau ya!)

Malam itu terbang duit aku RM50. Uncle kayo la satu mlm RM100.
Sbb slps tu dia ke rumah customer lain yg S.E.N.G.A.L cam kami.

Dan yang paling sengalnye 'ayat keluar sekejap' menjadi 'keluar sekejap ke depan rumah dan menerbangkan duit suka2' menjadi motif malam itu.
Pada sapa2 nak dpt duit terpijak, berlatih la cam uncle dan hafal sekali jampi tu. lepastu duduk dekat2 dgn aku.
kompem kaya.

Saturday, April 17, 2010

Weekend yg Best!

Rasanye mak abah baru je dtg rumah minggu lepas. tapi kenapa rasa dah lama x jumpa. sbb?



minggu lepas mak abah & abg Lim sekeluarga dtg. Siap bawa Cunna
Dia gemok sbb x pandai melakukan kerja-kerja selain dari makan dan tidor. (dont miss perception.why?)

Cunna: seekor subjek berbulu + bermisai = kucing. (musang,harimau,tikus pun berbulu?mamak depan rumah pun sama.xkan kategori kucing jugak?)
Dia cuma suka dgn mak, bukan suka aku, abah, abg2, semuanya lah. Mb pada pandangan mata seekor kucing seperti dia, mak aku mak dia juga.

Oleh kerana dtg bersama2 cucu2nye yang serupa ayam2 klua reban + cucu2 yang sedia ada di sini.
Huru hara sungguh rumah aku. Hb pun blur seketika. Sbb member tu tgh exam.
HB kata: 'Ni strategi mama menjatuhkan pointer abg.'
Aku: 'eh. xde niat. tapi ok la kan menjatuhkan pointer abg sbb dtg si anak2 kecil tu utk disakat, sedangkan abg bagi sikit punya hebat tekanan masa mama stadi dulu'.
(ops.teringat kisah lama.syuh.syuh.pegi jauh2.jangan masuk dalam memori aku.kau tidak diperlukan.)
Pagi:
Jam 7.00


Semua anak2 buah sudah bangun. Lepas Subuh aku ingt nak berguling2 lagi dgn Hb, tapi dah dengar mak berkecut2 (xtau nak describe cmne. bunyi che'che'che') memanggil Cunna yang dah roaming2 rumah aku. Aiseh Cunna, jangan berak +kencing sepah2 je aku mintak.Kau dah la pantang jumpa surat khabar. Surat khabar hari ini pun ko boleh bubuh. lain kali b4 bubuh, baca la tarikh dulu Cik Cunna oit!
Jam 10.00


Selepas sarap (ubi rebus , roti canai +kari seperiuk yang mak bawa dr Kg) bergerak ke Banting. Tgk rumah yang baru aku beli tapi x dpt duduk.sbb? xyah la tahu, kalo rajin aku stori.
Jam 1.30


Kami makan2 di Gerai Ikan Bakar Jalan Kuchai Lama,KL. Dah habis makan baru abah aku realise yg ikan tu adalah ikan bakar. dia boleh ingat tu ikan masak asam pedas.hadoi bapaku! Lepas semua licin, gerak ke Muzium Negara. Anak2 buah berhajat tgk Pameran Keranda :Tradisi dan misteri yang sedang berlangsung. maka berhangkutlah kami beramai2 ke sana.


Keluar dari Pameran Utama, terus masuk ke Pameran Era Kolonial.Then, ke Era dulu2(xingat la nama saintifiknye).Pameran Asean.byk lah.
Jalan punya jalan, sume terpisah..



Then (lagi?)ke Muzium Orang Asli.Byk btul bahan lucah disini (pasti korang berduyun2 ke sana selepas aku citer ni).
Ada hantu tonggeng. Ada hantu *etek (Aca memanggil sambil memegang patung tu punya aset).eh. ada dua je? aku kata banyak? saja je nak tipu.sbb tau mesti ada yg tertarik.




Jam 4.00ptg Selepas seharian di Muzium, toleh kiri kanan mak abah xde. Abg Lim xde. Hb xde. Ahh sudah, kena caling2 sorang2 ajak balik. Ingatkan ekspedisi kami berhenti di situ. Rupanya panjang lagi. pheww..


Jam 5.00ptg
Berada di Mines shopping centre lak. Xcukup2 lagi mengukur jalan. kalau dikira boleh menang marathon ni.

Jam 7.00malam
Sampai rumah. Capai periuk. Tanak nasi. Panaskan lauk.
Bla2.lepas maghrib, aku sorang yang makan. yang lain sudah kena hukum tembak. Kul 9, senyap sunyi rumah. Sesuai la utk Hb blaja. Sok ptg dia ada paper. Hebat. langsung x baca buku. Pagi tadi aku xbagi ikut, dia nak folow jugak dgn alasan nanti kebulur(cheh.cam mama xtau trik abg)

Panjang catatan ke2 ni. Try to make it short. Unsuccessful. dah dah. End.

Wednesday, April 14, 2010

Hari ini

hari ni sambung kursus smlm. buat blog.
nak register nama blog pun pening. mencari2 nama yang seswai utk blog testing ni

pk punya pk, keyin simplelife-unavailable, simplejourney-unavailable, livelife-unavailable.
so, apa yang tinggal? cuba punya cuba(tanpa menggunakan otak, tapi pk nasib): dapat nama ni :

indah-life@blogspot.com

maka secara rasminya ini menjadi blog percubaan (kalau aku istiqamah, maju la blog ni). if not, terpaksa la unregister semula drp terbengkalai x update.

aku cuba nak istiqamah menulis (walaupun aku tahu keadaan x mengizinkan: line internet x dpt+ malas + malas+ malas (yang selebihnya pun malas))..hihii

rasanye, stop dlu: nak try preview this 1st entry.. cmne keadaanye>just wait n c