Saturday, April 17, 2010

Weekend yg Best!

Rasanye mak abah baru je dtg rumah minggu lepas. tapi kenapa rasa dah lama x jumpa. sbb?



minggu lepas mak abah & abg Lim sekeluarga dtg. Siap bawa Cunna
Dia gemok sbb x pandai melakukan kerja-kerja selain dari makan dan tidor. (dont miss perception.why?)

Cunna: seekor subjek berbulu + bermisai = kucing. (musang,harimau,tikus pun berbulu?mamak depan rumah pun sama.xkan kategori kucing jugak?)
Dia cuma suka dgn mak, bukan suka aku, abah, abg2, semuanya lah. Mb pada pandangan mata seekor kucing seperti dia, mak aku mak dia juga.

Oleh kerana dtg bersama2 cucu2nye yang serupa ayam2 klua reban + cucu2 yang sedia ada di sini.
Huru hara sungguh rumah aku. Hb pun blur seketika. Sbb member tu tgh exam.
HB kata: 'Ni strategi mama menjatuhkan pointer abg.'
Aku: 'eh. xde niat. tapi ok la kan menjatuhkan pointer abg sbb dtg si anak2 kecil tu utk disakat, sedangkan abg bagi sikit punya hebat tekanan masa mama stadi dulu'.
(ops.teringat kisah lama.syuh.syuh.pegi jauh2.jangan masuk dalam memori aku.kau tidak diperlukan.)
Pagi:
Jam 7.00


Semua anak2 buah sudah bangun. Lepas Subuh aku ingt nak berguling2 lagi dgn Hb, tapi dah dengar mak berkecut2 (xtau nak describe cmne. bunyi che'che'che') memanggil Cunna yang dah roaming2 rumah aku. Aiseh Cunna, jangan berak +kencing sepah2 je aku mintak.Kau dah la pantang jumpa surat khabar. Surat khabar hari ini pun ko boleh bubuh. lain kali b4 bubuh, baca la tarikh dulu Cik Cunna oit!
Jam 10.00


Selepas sarap (ubi rebus , roti canai +kari seperiuk yang mak bawa dr Kg) bergerak ke Banting. Tgk rumah yang baru aku beli tapi x dpt duduk.sbb? xyah la tahu, kalo rajin aku stori.
Jam 1.30


Kami makan2 di Gerai Ikan Bakar Jalan Kuchai Lama,KL. Dah habis makan baru abah aku realise yg ikan tu adalah ikan bakar. dia boleh ingat tu ikan masak asam pedas.hadoi bapaku! Lepas semua licin, gerak ke Muzium Negara. Anak2 buah berhajat tgk Pameran Keranda :Tradisi dan misteri yang sedang berlangsung. maka berhangkutlah kami beramai2 ke sana.


Keluar dari Pameran Utama, terus masuk ke Pameran Era Kolonial.Then, ke Era dulu2(xingat la nama saintifiknye).Pameran Asean.byk lah.
Jalan punya jalan, sume terpisah..



Then (lagi?)ke Muzium Orang Asli.Byk btul bahan lucah disini (pasti korang berduyun2 ke sana selepas aku citer ni).
Ada hantu tonggeng. Ada hantu *etek (Aca memanggil sambil memegang patung tu punya aset).eh. ada dua je? aku kata banyak? saja je nak tipu.sbb tau mesti ada yg tertarik.




Jam 4.00ptg Selepas seharian di Muzium, toleh kiri kanan mak abah xde. Abg Lim xde. Hb xde. Ahh sudah, kena caling2 sorang2 ajak balik. Ingatkan ekspedisi kami berhenti di situ. Rupanya panjang lagi. pheww..


Jam 5.00ptg
Berada di Mines shopping centre lak. Xcukup2 lagi mengukur jalan. kalau dikira boleh menang marathon ni.

Jam 7.00malam
Sampai rumah. Capai periuk. Tanak nasi. Panaskan lauk.
Bla2.lepas maghrib, aku sorang yang makan. yang lain sudah kena hukum tembak. Kul 9, senyap sunyi rumah. Sesuai la utk Hb blaja. Sok ptg dia ada paper. Hebat. langsung x baca buku. Pagi tadi aku xbagi ikut, dia nak folow jugak dgn alasan nanti kebulur(cheh.cam mama xtau trik abg)

Panjang catatan ke2 ni. Try to make it short. Unsuccessful. dah dah. End.

No comments:

Post a Comment