Hmm, hari ini tiba-tiba aku jadi rajin. (Eh...jangan tegur, nanti malas semula)
Bangun awal di hari Sabtu yang tak bekerja boleh la dikira kategori rajin. (kan?)
Menyiapkan bfast utk suami yang nak pergi berjuang.
Apa patriotik sangat pagi2 ni? Hb berjuang menjawab last final paper dia pagi ini jam 9.00.
Aku pulak yang teruja sebab selepas ini bolehla kami berhoye2. (sukenye!!) \(^0^)/
Oleh sebab dia yang XM, aku pun kena berpantang juga. X boleh jalan2 sesuke hati, x boleh mengajak dia berjalan sesuke hati juga. X boleh makan di luar. Kena masak di rumah utk menjimatkan masa. (Malas tahu!)
Selepas menghantar Hb ke muka pintu, aku mengutip baju2 dia dari bagpack dia. Semalam jam 7.00mlm baru dia balik dari outstation (Tioman). Letihnya aku kalau jadi dia. Pagi ini ada XM pula. Mau mereng kepala aku sbb x belajar. Tp aku tgk Hb rilek2 saja. (Hairan)
Malas menegur suruh belajar sbb bakal mencetus pergaduhan. Semester lepas waktu minggu2 XM lah dia pulun tgk cerita katun Slamdunk. Aku pun tumpang sekaki (anasir jahat sungguh!). Semester ini dia kata khatam 3 juzuk mendengar Quran (dengar tahu, bukan baca. hahah) sambil belajar utk XM.
Masa XM ni la dia pulun makan kismis, kacang pandai (kenal?) dan sebutkanlah segala macam benda utk minda. Macamlah tiba2 jadi genius pulak. (Kalau makan semua tu boleh jawab XM tanpa baca buku, aku nak juge!)
dah.dah. merapu. topik hari ini kan R.A.J.I.N
Lepas mengutip baju dan menyuruh mesin membasuh sendiri, aku terus ON lappy. Print out 2copy tenancy agreement utk jumpa bakal penyewa petang ini.
Siap prepare agreement tu, terus berblog. Kan rajin! hish, teruk betul kalau aku jadi surirumah sepenuh masa.
'Pagi2 dah mengadap komputer!' kalau mak metua tengok, mesti kena reject.
Sampai sini, aku pun dah blur. Out of story. Biasalah. Aku memang camni. Suke keluar tajuk tak semena2.
No comments:
Post a Comment