Seperti hari-hari cuti yang lain, awal lagi sudah bangun.
Awal lah tu jika bangun sebelum 7.00pagi di hari hujung minggu.
Setelah men'subuh' gajah jam 6.50pagi, terus turun ke dapur menyiapkan sarapan pagi untuk Sang Suami yang tergolek semula tidur sesudah Subuh tadi. Biarkanlah, mungkin letih sangat sentiasa hidup terkejar2. Tengah mood yang baik ini maka saya biarkan saje. Jika mood saya tengah nenong2 (neeno~neeno cam ambulans berkejaran ke Hospital Serdang saja bunyinya), nescaya sudah kubebel supaya bangun dan menyangkutkan hanger ke mulut Haku dengan erti kata lain: merajuk.
Pagi ini sarapan roti canai segera dihangkut dari Kampung cicah dengan Sardin. Kelihatannye kurang sedap, tapi perut sudah berkeroncong mesti sekali hadap saja ni. Siapa yang tak tahu masak sardin: potong saja bawang merah, bawang putih, halia, cili dan tambahkan air asam dan garam. Ini resepi basic menjadi surirumah yang baik tahu!
Sesudah menghantar Sang Suami ke muka pintu, surirumahtangga dihujung minggu ini tiba-tiba bertukar watak, membuka lappy dan terus menatap internet. Wohoh! Mahu melihat berapa USD ada di dalam akaunku. Haha. USD3.00 saja? Huh, promosi tidak baik ini! Akan diusahakan supaya lebih menarik..
Cuaca yang mula nampak hendak cerah bertukar mendung, rintik-rintik hujan mula menyembah bumi. Ini la perkara paling tak syiok bila kain di jemuran bersidai-sidai tak kering sebab matahari langsung tak kelihatan. Itu cerita pasal semalam punya yang tak kering lagi. Di washing machine masih ada yg berbaris mintak disidai.
Wahaha, apa la surirumah yang kebosanan ini membebel. Buat penat jari saje menulis yang tak ada motif. So what, ada Haku kesah? Hehe, nampaknye sungguh kurang hajar jawapan ini. Betul lah, kalau rasa bosan membaca karangan saya yang keluar tajuk ini, siapa saya mahu kisah? Kalau suka, boleh baca. Kalau rasa 'ntah hape perempuan ni membebel' so boleh la biarkan sahaja luncai terjun kolam. Haha! I like!
Semuanya kelihatan lembab macam kure-kure lawan arnab. Walaupun akhirnya kure-kure tetap menang tapi begitu bosan melihat hari ini yang kesemuanya kelihatan begitu mendung, redup, lembab, lembap dan segala macam yang slow.
Petik suis Tv, Astro terkedek2 mencari signal. Internet line pulak menambahkan bosan. Sekejap hijau sekejap biru dan sekali-sekala Cyan. Ehh.. semuanya bagai mencari pasal dengan saya. Uhhhh...
Betul-betul tak paham apa motif menulis kali ini. Mungkin sekadar menghilangkan perasaan kebosanan tahap dewa yang melanda aku hari ini.
Cepatlah Sang Suamiku pulang, aku perlu berbual dengan kamu!
No comments:
Post a Comment