Hari ini saya duduk mengulor sahaja di rumah. Best. Best. Best.
Rasa seperti seekor beruang yang berhibernasi sahaja. Sejak pagi saya cuma masak dan makan. Rehat sekejap buat kerja2 surirumah, masak dan makan lagi. Tunggu suami pulang dari kelas, masak lagi. Menunggu suami x sampai-sampai maka saya melantak dahulu kuih cekodok atau bahsa saintifiknya jemput-jemput pisang bersama nescafe panas. Nikmatnya...
Pisang itu pisang yang mak bawak sebulan dahulu. Oleh kerana di sini saya malas mencari-cari pisang yg best, maka saya begitu menghargai pisang yang ditanam sendiri oleh Abah. Terasa lebih manis dan sedap. Ditanam dengan penuh kasih sayang barangkali. Oleh kerana sayangkan pisang itu dari busuk, apa yang selalu saya lakukan adalah men'tapau' kesemua pisang2, ubi2, durian2 dan segala macam buahan-buahan ke dalam bekas dan zummm to the freezer. Bila saya mahu, hanya keluarkan sahaja dan boleh dibuat goreng2 di petang hari seperti hari ini. Pisang raja (bukan sebarang Raja, ok) tambah sedikit kelapa parut, tepung gandum, gula dan garam secubit, gaul2 dan goreng. Sedapnya!
Sudah jam 6.00ptg, kepala memikir hidangan malam ini pulak. Wah., jika sekiranya aku jadi Fulltime Housewife sure kompem suami menjadi buntal dan aku pula menjadi tong gas. Huhu!
Sambil aku menari-narikan jari menulis blog ini, mulut pula laju menyumbat cekodok pisang enak buatan sendiri ini. Dah hampir habis, nantilah tinggalkan 2-3 ketul untuk sang suami. Haha! Maaf ye sang suamiku, inilah isteri mithali mu.
Pagi tadi awal2 lagi handphone sudah bertuit. Alahai, siapa la pagi-pagi dah ingat pada aku ye. Baca mesej sekali imbas. Nombor tidak dikenali, x-classmate barangkali mengajak melabur dalam Sime Darby. Masa ini lah mesej hendak dimulakan dengan 'Apa khabar?', kalau tidak ada ke niat ikhlas bertanya khabar. Manusia. Manusia.
Salah satu faktor aku rapat dengan sesetengah orang mungkin kerana aku rasa biarlah aku berkawan dengan yang ikhlas berkawan, mengambil berat, dan berada di sisi saat bergembira apalagi bersedih. So, i have nothing to loose for coz i know they'll be there in my hardest time. Small thought that counts.
No comments:
Post a Comment