Semalam sewaktu dalam perjalanan pulang dari BeePee, seperti saya men'chartered' sebuah bas untuk saya saja. Sepanjang perjalanan dari BP ke Muar, hanya saya seorang di dalam bas. Nyaman sungguh kalau hari-hari naik bas begini. Bukan kata boleh amik sorang 2 seat, tapi saya boleh menelentang, melunjur, meniarap dan mengkuak lentang sebebas-bebasnya sehingga boleh berguling-guling seperti menyanyi lagu Hindustan.
Tetapi kebahagian itu datang hanya seketika, sampai di Muar naik berduyun-duyun manusia. Dan yang paling rasa sengal sekali bila sorang gadis (mana tahu gadis? Haku agak saja lah) melalak hingga ke pendengaran saya. Huah, rasa tangan ingin melempang saja. Sabar. Sabar. Sabar.
Bas Express itu pulak dah serupa bas sangkut2 JMBC semalam. 2 jam masih di Muar. Jam berapa mahu tiba di Key-Ell (terbelit lidah lagi, menyampah!). Ahh, semuanya menambah kecelaruan jiwa saya. Sungguh saya bukan orang sesabar itu.
Sungai Muar, benarkah namanya? Sebab saya tak ambik Geog untuk SPM. Don like!
Bas yang kosong untuk saya seorang.
Malam itu, tiba-tiba saja saya meroyan jadi rajin. Menolong suami menyediakan tag untuk produk before posting. Menggunting, menampal, mengikut suka haku. Haha. Entah buyer tu appreciate ke tidak saya tak peduli, yang penting saya heppi yippie
\(^0^)/
Membuat lebih dari sedozen, mula la terasa boring. Suami nampak saya terkulat-kulat, dia pun turut serta join sekali menjadi kindergarden.
Tag hasil kerja keras-tangan saya.
Sudahnya malam itu kami makan malam jam 11 malam setelah suami sediakan makan malam untuk kami berdua. Boleh jadi gemok bersama-sama. (*..*)
No comments:
Post a Comment