Sunday, May 23, 2010

Sehari di BeePee

Hari Sabtu saya pulang ke kampung halaman di BP. Lamanya tak pulang, sejak Hari Raya Qurban yang lalu. Rindunye pada semua. Balik ini pun tanpa perancangan. Hanya saya seorang. (Apa? Suami saya tak merajuk lah, cuma dia perlu menunaikan tanggung dan jawab sebagai murid sekolah maka menghalangnya dari turut serta)

Dari Key-Ell(heh, geli lidah) jam 1.00tgh, sampai di BeePee jam 5.00ptg. Lama sungguh la... Jenuh bangun dan tidur, bangun dan tidur lagi tapi masih tak sampai-sampai. Setiba di BusStand yang meninggalkan banyak kenangan dulu2, aku memecut naik bas JMBC kerana hanya bas itu saja yang ada pada waktu itu untuk ke Ayer Hitam.

My precious tiket bas JMBC


Dengan kelajuan 10kilometersejam (Huarghh..berlari pun lagi laju) aku melalui semua kenangan-kenangan aku masa dulu. Lalu SMK Tun Aminah-Asputa, teringat Cikgu Kilauwati yang garang crazy (ayat sopan) menjadi warden. Then lalu pula sekolah rendah aku, teringat guru-guru yang maha baik hati sampai aku jadik anak murid kebanggaan mereka (Cheewah! Naik lif tekan sendiri la nih), aku lalu pula UTHM tanah tumpah zaman remaja haku (dulu, kini dan selamanya), lalu sekolah tadika aku (Aih, ini pun termasuk sekali? Of coursee) dan akhirnya aku sampai ke rumah tepat jam 6.00ptg. Mak terkejut beruk melihat aku terpacak depan pintu. HehHehHeh.

Aku cuba juga menangkap gambar-gambar di dalam bas Johore
Motor yang aku naik tu. Kalau tak silap, uncle tu masih uncle yang dulu semasa zaman aku sekolah. Uban penuh di kepala. Aku tengok loceng dia, still loceng dulu2, tengok tingkap bas yang gogek2, tengok dinding bas macam nak roboh, tengok bumbung yang kekuningan. Dan masih, frame dengan kadar bayaran zaman aku sekolah masih terpahat di dinding bas itu. Wah! Sentimentelnya... I like!
Hujan sepanjang hari

Perjalanan hari ini dipenuhi kenangan-kenangan lama. My first day in school, my first day of date, my first day of blind-date (pernah juga buat kerja gila begini?), my good old days. Ahh, feeling sungguh pulang ke kampung!

Malam itu dihabiskan dengan bermain-main dengan Cunna, Afeef dan berborak kosong dengan mak abah...


No comments:

Post a Comment