Wednesday, May 5, 2010

Tiring Week

Khamis: 29 April 2010

Mak abg dtg, menjaga cucu dia sbb Angah ikut suami bercuti.
Minggu ni juga minggu aku byk mkn free. Alhamdulillah, rezeki Tuhan bagi.

Khamis balik keje, mak dah ada di rumah Angah, Hb pun sudah ada. Rupanya dia mengulir sejak jam 3.30 ptg di rumah Angah. Bos xde, katanye. Itu pasal dia buat company serupa his own. I like!

Sampai di rumah Angah, terus masuk dapur, ambil pinggan dan makan! Td lunch x makan, tu yg balik keje kebulur. Hb pun sekaki makan lunch di waktu petang jam 5.30. Selesai makan lepak2 dulu. Menjelang Ghurub baru pulang ke rumah. Malam ini bawa mak, abah dan those 2 kids for a dinner @ Satey Kajang Haji Samuri. 1st time ever sejak menetap di Kajang ini.

Harga satey dr 60sen ke 2.00
Aku order:
20 cucuk ayam = RM12.00

10 cucuk daging = RM 6.00
5 cucuk rusa = RM 9.00
5 cucuk arnab = RM 9.00
5 cucuk perut = RM 3.00
5 cucuk arnab = RM 3.00


Selesai makan, terdetik di hati 'inilah sate yang orang selalu cerita tu'. Personally aku prefer lagi Sate Wak Ngadino Parit Raja sbb terasa rempahnye.

Hari: Jumaat

Selepas maghrib bersiap utk bawa mak dan abah ke rumah Kak Yan di Sg. Chua. Makan free di sana. Malam ni mak tidur di rumah kak Yan. Tepat jam 10.30 aku n Hb balik rumah. Esok ada acara lain.

Hari: Sabtu

Bangun agak lewat. Pulun bergolek sampai jam 10.30 pg b4 terpisat membuat breakfast. Menu pagi ini roti telur bawang dan Nescafe panas. Selesai makan, On lappy, bukak Tv dan borak2 sampai tengah hari.

Jam 1.30 ptg keluar ke Sg. Besi, makan free di rumah Kak Ros dan Kak Pet lak. Baik betul ipar duai aku ni. 1rumah jamu mee kari, 1 lagi menjamu nasi. My totally full stomach! my oh my.

Jam 3.30ptg bergerak ke Damansara pula, rumah Ude adik mak. Dijamu minum ptg kuih dan apam balik. Hish.. gemok la aku nanti.

Jam 5.00ptg ke rumah Arwah Pak Anjang. Mak dah lama x jumpa mereka since my late father in law. After she got married to my new F.I.L, they've loose contact. Stayed there until 7.30.

Jam 8.00malam sudah duduk berilek2 di Restoran Anjung Impian Damansara. Our dinner tonite ala kampung with beautifully decorated pergola and duduk bersila.

Jam 10.00 malam, sampai di rumah, sudah terlewat untuk pergi cucuk Folliova. Hb cover2 line bila mak tanya ke mana. Hb sedia maklum aku x suka bercerita pasal ni dengan emak. Malam ini ajak mak, abah, Adam dan Oman tidur di rumah.

Hari: Ahad

Pagi-pagi bangun buat bfast utk they all.

Jam 11.00pg mak ajak ke pasar membeli ikan untuk lunch. Ke Tesco sudahnye.

Jam 1.00tgh, Angah dan Abg Taufik sampai rumah. Hari ini makan di rumah aku, dengan aku yang memasak. Wah! Aku kagum.. :))

Menu utama: Siakap masak 3 rasa, Sayur Kangkung goreng dengan cendawan (ada ke mixed cmni?), ikan terubuk masin, terubok bakar dan sambal belacan my mum. Around 3ptg, semua pulang ke rumah memasing dengan mak dan abah.

Lepas maghrib nanti Angah jemput makan ke rumah dia pulak. Makan free lagi! A.G.A.I.N i Like!

Jam 12.00tgh malam
Abg Lim sekeluarga datang untuk pergi konvokesyen adik Kak Ilah.
Aku sungguh mengantuk dan penat teramat, tapi layan sebaik mungkin, prepare latenite dinner dan Teh 0 panas.

Jam 1.00pagi.
Terkebil2 untuk tidur. Sudahnye satu malam aku x dapat tidur.

Hari: Isnin
Jam 6.30pg.

Terjaga sbb abg ketuk pintu, dia ingat aku terlewat sedangkan aku baru selesai Solat. Terus bangun menyediakan bfast untuk diorang, Abg Lim sekeluarga, Ana sekeluarga dan juga Mak Metua abg.

Menu bfast: Nasi goreng kampung dan Serawa durian bersama roti. Air Teh 0 dan Milo 0.

Dengan tak sempat bfast, aku bergegas ke tempat kerja pula. Tak sempat jumpa Mak dan Abah Hb b4 keje, so aku plan after punch card nak tunggu Mak di Stesen Komuter Kajang saja. Sampai di sana, Mak dah nak naik komuter. Hampa. Tapi drive pulang ke rumah untuk carikan towel Hb nak outstation. Mb dia cari pakai mata hati sampai tak jumpa towel dalam drawer. Sampai di postguard, Hb dah gerak. Hampa lagi. Sudahnye, aku masuk rumah, tukar baju dan sarapan ALONE. Menitis air mata sambil makan nasi goreng. Sendu owh, tengok rumah yg huruhara dah jadi senyap sunyi.

Balik keje planning nak main Netball dgn officemate, last2 Abg Lim call kata nak pick up aku utk tunjuk arah ke Jusco. Kali ni dah 3x aku kensel dengan member2 tu untuk ber'Netball'.

Temankan mereka semua till 9.30pm. Bagi2 hint nak pulang coz nak pegi cucuk ubat. Nanti lambat lagi. Susahnye menunggu2 org ni. Paling aku bosan!

Suddenly, Hp berbunyi-bunyi.

Aku: Haloo
Ana: Kak Nad kat mana?
Aku: Hahah.. Mesti ko kat JJ ni kan? Tetiba je call akak tanye kat mana. Cam boleh hidu kentut akak je ko nih. Tau je aku kat mana. Akak dgn family ni. Diorang nak balik BP pasni. Hb xde, outstation.
Ana: Wah! Ana nak datang rumah akak le. Nak berendam. Xkire...!

o0ol tidakkkk.. overtime lagi malam ni. Sure aku akan tidur lambat lagi sebab berborak ngan Ana.

10.00mlm Ana dah sampai rumah aku, terus aku ajak ke klinik temankan cucuk. Pusing2 cari klinik, semuanya ramai org sakit. Last2 pergi area rumah aje, buang masa tak check dulu area rumah before ke pekan Kajang.

Balik dari klinik, dah jam 11.00malam. Budak yang 'agak tinggi' ni ajak swimming pula. Tak sampai hati biarkan dia sorang2, aku pun terjun sama. Till 12.00 tgh malam, dan setelah Ana kenyang minum air swimming pool, apa lagi terus naik.

Siap2 nak tidur, aku buat pula Milo 0, nyaman sungguh rasanye, selepas kepenatan beberapa hari ni aku dapat borak2 kosong dengan kawan.

Jam 1.30pagi. Tidurlah. Penat. Penat. Penat.

No comments:

Post a Comment