Seronoknya balik ke BeePee lagi minggu ni sempena Wesak. Hey, saya tak sambutlah! Tapi hari ni pagi-pagi dah kena balik ke Key-Ell kerana nak hantar anak ke sekolah di Kompleks Yayasan KL. Haha!
Bangun jam 7.45pagi. Hari ini saya bercuti. Dengar Mak di dapur, bangun cepat2. Teringat kereta di woksyop utk servis dan tukar driveshaft.
Balik dr woksyop, terus mandikan keretakesayanganku yang dah lama tak mandi wangi2. Malas nak vacuum, terus sengih2 pd Abg Lim...
"Bang.. vacuumkan kereta"
"Malas.. tengah xde mood"
"Kalo cmtu, malas la nak vacuum"
Eh.. tiba2 saja abang Lim bangun dan pasangkan extension. Aku pun capai vacuum dan letak depan dia. Heh.heh.heh.
Balik tadi terus masuk Tol Ayer Hitam. Selalunya saya akan masuk dari Tol Pagoh dan exit Tol Senawang. Baru RM15.90 harga untuk Tol tu, tetapi kerana mengejar masa teruslah masuk Tol Ayer Hitam tu. Semasa keluar di Senawang kereta sudah berderet2 sebelum sampai ke lampu isyarat simpang 4. Mengambil keputusan untuk U-turn dan masuk semula Tol Plus terus ke Sg. Besi. Mengejar masa kerana suami perlu tiba di sekolahnya jam 2.00ptg.
Suami suruh saya yang membawa keretakesayanganku kerana tahu saya akan sesat waktu pulang jika dia yang memandu pergi ke suatu destinasi. Akhirnya sampai juga di rumah jam 2.45ptg tanpa sesat. Heh.heh.heh.
Dan kerana bosan, on lappy, on TV, men'internet'kan diri terus-terusan membuang masa dan lagha. Dan kerana itu juga saya letakkan lagu yang 'begitu indah' di pendengaran saya di blog ntahapahapantah ni. Huhu :P
No comments:
Post a Comment