Pagi ini selepas punchcard awal daripada biasa, aku bergegas ke office suami. Dia mahu pulangkan semua hak-hak syarikat. Kenapa nak pulang? Eh, menyibuk pula. Biarlah dia. Sibuk saja nak tahu. :P
Dalam perjalanan saya call suami dulu. Dan suami memberikan arahan untuk pick him up at Stesen LRT Sg. Besi. Ok, kacang saja tu! (Uh.. takut sesat. takut sesat)
Sampai di sana hubungi semula Sang Suami. Eh, tiba-tiba disuruh pula ambil di office dia. Saya pun mematahkan stering kereta untuk ke destinasi terbaru menurut arahan suami.
Pusing-pusing, saya tersesar hingga ke Kinrara. OMG! Duit tinggal RM5 sahaja di purse. Tertinggal selebihnya di rumah (Ahah, ayat cover sbb tengah sengkek sebenarnya).
Setelah tersesat kira-kira sejam, dapat berpatah balik semula ke Stesen Sg. Besi. Hish, aku selalu buat perkara sia-sia macam ini. Berpusing-pusing menghabiskan minyak kereta sahaja. Semalam juga begitu. Berhajat membuat surprise untuk Hafy di Carrefour Putrajaya, sesampai di sana hubungi ayah Hafy mereka telah dalam perjalanan balik ke rumah pula. Kan! Terbukti sekali betapa sukanya aku melakukan perkara-perkara begini...
Sampai semula pejabat saya jam 10.30pagi. Oho, berjaya mencuri tulang, perlu pulang lewat la petang ini. Ganti semula masa yang dicuri tadi. Ohh, baiknye saya!
On lappy dan melihat berderet-deret response to Wall FB aku. Syukur ramai sahabat yang menyejukkan hati.. Bukan ke baru berniat menjadi baik tadi, tanpa disedari dah tercurik masa untuk FB lagi. Ahah! (dalam hati berkata, poyonye saya!)
No comments:
Post a Comment