Thursday, December 30, 2010

Jiwa tiada di tempat ini

Hahah.. metafora yang jelas, terang lagi bersuluh. Saya berada di tempat yang saya tidak mahu berada; ofis.

'Separuh jiwaku pergi'

Yer. Pergi ke kampung halaman. Mood kerja hilang seiring dengan cuti 5 hari di kampung. Teringat dahulu zaman Nabi Musa waktu saya duduk di asrama. Time nak packing kain baju, mula la rasa nak nyuruk supaya tak payah balik ke hostel. Selalu juga kena denda sebab masuk sipi-sipi (sapa yang tak tahu makna ni sila bukak kamus) jam 6.00ptg. Cikgu cegil pun boleh buat tak reti.

Tak produktif dari pagi. Tak tahu cara nak kembalikan mood ini. Malam kelmarin tak dapat tidur dengan lena. Biasa lah, jetlag bila pulang dari kampung (cheewah! Berangan naik jet pulak). Balik rumah time lunch pun tak dapat lelap juga.

So, to gain the mood, saya stop by kat petrol pump. Beli aiskremm,roti,meelo pastu mentekedarah sorang-sorang di opis petang-petang sambil download the Tourist. Marvelles dowh, pencurik tulang ni. Sungguh tak tahu nak ceriakan hari ini. Malam tadi saja ceria bila tengok pasukan Malaysia dapat sandang juara AFF Suzuki tu.

Entry kali ini pun aku rasa kuyu. -_-

Tuesday, December 21, 2010

Malaysia: Negara 4 Musim

Hari ini mahu ajar kamu semua tentang geografi Malaysia.

Malaysia negara 4 musim

Valid ke statement ini? Ini ikut teori suka-sukahati aku.

Pertama
Malaysia ada musim tengkujuh. Time ni hujan mahu hari-hari hujan. Time ni, spender pun kebarangkaliannya perlu disterika. Time ni la rasa nak beli drier. Time ni juga la rasa bercinta nak bangun pagi. Main celup-celup muka saja.

Kedua
Malaysia ada musim panas. Jangan pikir la iklim Khatulistiwa ke. Khatbacatiwa ke. Memang seriosly panas gila. Time ni lah rasa nak duduk dalam freezer. Time ni la rasa nak beli pukal air-cond. Time ni la tokey-tokey kedai air-cond jadi kerek tak hengat.

Ketiga
Seriously. Malaysia ada musim Buah. Time ni tetiba je teringat kampung halaman. Kebun bapak kau jadi kebun bapak aku juga. Tiba-tiba rajin ngaku jiran, sedara, dan tuan tanah kedaung.

Keempat
Ni musim yang rasanya tak larat. Musim sakit. Musim demam. Musim flu.
Now. Aku dan suami dah kena musim keempat ni. Sila jaga diri masing-masing yer, sebabnya dua-dua laki bini ini tengah mood nenong2 dan tahap kesihatan merudum. dum. dum

Kalau terjumpa musim lain, be update later.

Friday, December 10, 2010

Blog Best

Assalamualaik'

Pagi-pagi Jumaat ni tetiba je jadi baik ye? Datang kerja dah senyum-senyum. Tebiat ke?
Kenapa pula hari ini gembira satu fiil? Macam ada firasat benda baik nak berlaku saja?
Oh.. gembira la mak abah dan tiba dari Jakarta tengah malam tadi. Berbulan madu sakan. Uhh.. *jeles*

Selesai siapkan markah student, duduk mengadap lappy. Mula lah bosan. Jadi bila saya bosang, tangan pun laju je taip

www.beautifulnara.com
www.ohbulan.com

Haha, mesti top list dah webbie ni kat pegawai IT. Tengok saja, mesti nama saya viewer hari-hari. Baca gossip, tengok muka-muka artis. Eheh, sungguh tak de pekdahnyer dek oiii..

Tengah surfing tu tetiba terbaca google list of top searching person. Tetiba pula muncul nama ni.

'HanisZalikha'

Dalam hati wonder 'sapa? glamer sebab apa?' . Ahah, katak gila saya tak tahu dan tak kenal dia tu. Padahal dapat top 6 googled by googlers. Terus laju saja menaip kat pakcik Google. Heh, dapat view blog dia

www.inibelogsaya.blogspot.com

Baca 1st entry dia saja saya sudah gelak. Lagi la pulak baca next entry dia, mula la meledak tawa. Say-well gelak berseorangan di opis pepagi buta ni. Nampak sangat saya mengulat. hahah
Betul tak tipu sumpah lawak gila. Sempoi la minah ni. Saya suka blog mama dia lagi dari blog si Chika. (peminat kipas-keras-mati cik Chika jangan marah ye). Chika cerita hidup dia with always flying colours. Duduk Australia, kahwin dengan doktor yang pada asalnya follower blog dia, having a beautiful daughter). Seriously, semua orang pun mesti cemburu pada awak Chika *wink*. Thats why saya tak membaca blog kamu lagi Chika. Tak semua orang mudah menerima hadiah utama seperti itu. Kebanyakannya kena struggle for life. *sigh* Paling tidak, dapat hadiah saguhati saja, faham ke?

So, it was additional to the blog I love

www.fajaril.net
(this was since i've been introduced to at 1999)

Membaca blog fajaril.net selalu membuai rasa. Seolah-olah saya sedang membaca sebuah novel. Novel kehidupan. Pretty sad after the son died. Saya mengikuti kisah tersebut sejak Fajaril masih menuntut dan single. Till now i'm married and he's married with a beautiful daughter.

Kenyang mata ni (betulkah mata boleh kenyang?) baca inibelogsaya.blogspot.com. Saja ye Hanis kamoo reverse phsyco saya ini. Tak tahu ke saya tengah diet ini? Mampus Hanis tak tahu sebab dia pun tak kenal saya. Hanis, kamoo menyeksakan la, dengan gambar-gambar sweet2 *bigclap.fewit.fewit* yang mama kamoo masak itu. Tunggu saya tanggalkan corset,girdle and waist nipper ini dulu, baru boleh view belogsaya(eh, belog kamoo).

Anyway, thanks for the fun writing. It cheerup my day. Thanks again.


Tuesday, December 7, 2010

Numerology of my name and DOB

Nice thing to read, I have viewed a site http://www.babynology.com recently. Am proud to read the numerology of my name and the day i was born.




Saturday, December 4, 2010

KLIMS2010 @ PWTC

Horeyyeh! Hari ini saya tengok kereta-kereta superhero~Batmobile dan myBee..(bukan myVi,hoccay?)

The planning was made since last week. Not bringing any escorts, only me and Ana. Seriously, kali ini teruja nak pergi (ada kali lain ke before this? no!no!neheyy)

Janji jumpa di Bandar Tasik Selatan (stesen pertukaran Star-LRT) jam 10.30pagi, but really really am sorry Ana. Just got out from rumah saya jam 10.20pagi. So how nak sampai ke sana jam 10.30pagi juga? Hahahantupunyakawan. Sah-sah Ana sudah tarik muncung nanti. Diikkk, akak kena cuci baju kemas rumah dan cuci jamban dulu before keluar lah, macam Ji Eun pula rasanya. Kena tunjuk baik supaya suami tak marah nanti kalau balik lewat. Haha. Politik-kus.

As I said, sampai saja my friend tadi dah kata

'Akak, masuk ni dah 11 LRT lalu'

Kahkahkah. Saya gelak saja lah, gelak yang suami selalu kata 'gelak orang salah'. Camne ye gelaknye itu? Muka yg selalu keudara bila terlepas angin depan suami. Hahahanginsatubadan.

Arrived at 12.00am at PWTC, buy the tickets RM20.00 and syussshhh ke entrance. But then we stuck there for half an hour just for taking up the 1st pix. Nampak tak poyonye?

Nak share sikit lah (sikit je, hoccay? Kalau nak banyak pergi sana tengok sendiri but make sure before 12/12/2010 kalau tidak kamoo tengok angin je lah) gambar-gambar gediks di sana. Teruja lah tengok Bee. Cuma rasa tertipu bila tengok Batmobile cap Ayam tu. Mati-mati saya ingatkan yang betul punya (or at least bagi lah yang nampak ori, ni nampak macam kereta gabus je. Sengaja agaknya supaya Batman boleh terapung naik Batmobile dan transform jadi sampan kayuh pakai dayung~dayung~sampan~dayung~laju2)

Align Center
Photobucket
kereta gabus

Photobucket
myBee

Photobucket
not-so-my

Photobucket
Kereta jerung

Photobucket
Kereta dua-perot

Ada 5 Hall, habis kami tangkap pictures PerempuanKereta semua. So sexy. Makhluk tuhan paling seksi. Mujurlah saya tinggalkan suami. Hahaha. *wink*

Photobucket

Photobucket

Hehe, not all so pretty. Am I right? So Encik Sooami, jangan awak nampak perut saya je ok. Tengok la model tu, perut dia lagi penuh lemak. Sob.sob. So sorry modelMotor. Tersengaja mengambil gambar kamoo. ^__^

Sampai rumah jam 7.00malam. Eh, patutnya tadi saya punchcard di PWTC ikut opis hour. Boleh apply overtime nih. Letih dowh. Malam ni nehey MASAK. Makan luar lah ye sayang?

Friday, December 3, 2010

Hydrosalpinx, Infertility and IVF

A hydrosalpinx is a blockage of the far end of a woman’s fallopian tube which results in the accumulation of fluid within the tube. The condition can affect one or both fallopian tubes. Often the affected area can become substantially swollen and grow even as big as a few centimeters in diameter.

Usually, there are few symptoms noticed by patients although some women may suffer from abdominal or pelvic pain. The most common mean by which a woman becomes aware that she has this problem is the development of infertility. Women, who are not trying to get pregnant and have no pain, may go undiagnosed.
Hydrosalpinx Impact on Fertility in General

As mentioned previously, the main presentation of a hydrosalpinx is infertility. The fallopian tube plays a crucial role in establishing a pregnancy. As sperm enter the vagina, they travel through the opening of the uterus (cervix), through the uterus, and into the fallopian tubes. If intercourse happens at the time of ovulation, then an egg may be present in one of the fallopian tubes. A sperm can fertilize the egg forming an embryo. Afterwards, the embryo migrates down the fallopian tube into the uterus. If the embryo implants into the uterus, a pregnancy has been established.

However, if this tube is blocked, the egg cannot be captured by the fallopian tube and the egg and sperm are prevented from meeting. Thus fertilization cannot occur and pregnancy is prevented.

In addition, studies have shown that even when women have one tube which is open, their chances for pregnancy are reduced if they have a hydrosalpinx on the other tube.

Possible Reasons for Less Success
There are various theories that try and explain why the success rates in these patients are so much lower. One suggests that the flow of fluid into the uterus could interfere with and hinder implantation of an embryo. This fluid could contain lower levels of proteins, various amounts of debris, and other toxic substances found in the body that are harmful to the embryo itself or possibly the lining of the uterus. Another theory states that the fluid is a mechanical flush for the uterus, sweeping away the embryo. It is not known whether these effects would be worse if both fallopian tubes are affected, although that is thought to be the case.

Hydrosalpinx also impacts the Success of IVF

In vitro fertilization bypasses fallopian tube blockage by extracting the eggs directly from the ovary and fertilizing them in the laboratory. The embryos are then placed directly into the uterus. Thus, the fallopian tubes are completely bypassed. With the growing success of IVF and other fertility treatments in the past years, many women suffering from a hydrosalpinx are turning to these treatments to enhance their chances of pregnancy. However, there is substantial evidence to suggest that the success of in vitro fertilization is significantly lower for women with hydrosalpinx compared to other causes of infertility.

Study on Hydrosalpinx and IVF

Investigators recently compiled the results from 14 different studies to try and see what the IVF success rates are in women with this condition. The analysis compared two groups of women. Of a total of 5592 patients, 1004 of them had one or both tubes blocked by a hydrosalpinx and 4588 of them had tubal blockage but with out a hydrosalpinx. A total of 8703 IVF embryo transfers were performed with either fresh or frozen embryos.

There were four outcomes measured:
1. The overall pregnancy rate was shown to decrease in the women with the hydrosalpinx. The women with no blockage had a pregnancy rate of 31.2% compared to the women with the hydrosalpinx at 19.67%.

2. The implantation rate, which looks at how many transferred embryos were able to implant in the uterine wall, also decreased in the women with a hydrosalpinx. It went from 13.68% in women with out a hydrosalpinx to 8.53% in women with one.

3. The delivery rate decreased drastically as well. Almost twice as many women delivered without a hydrosalpinx (23.4%) than with a hydrosalpinx (13.4%).

4. The delivery rate was lower in part because less women became pregnant but also because more of the women miscarried. Early loss in pregnancy was seen more often in the women affected than not. The rate for affected women was 43.65% loss compared to 31.11% loss.

Conclusions

Other studies have come out with results similar to these. Generally, for a woman with hydrosalpinx trying IVF, the chances for pregnancy are greatly reduced compared to the average infertile woman. While the possibility for pregnancy still exists in these patients, these women should be counseled that their chances for live birth are significantly lower if they have a hydrosalpinx.

TREATMENT OPTIONS FOR HYDROSALPINX TO IMPROVE FERTILITY

Salpingectomy

The complete surgical removal of a fallopian tube is called a salpingectomy. The procedure can be done laparoscopically or with a standard surgery performed by making a horizontal incision in the abdomen just above the pubic hair line. Both procedures are performed under general anesthesia so that the patient is completely asleep.

Laparoscopy is a minimally invasive way of performing surgery. An small fiber optic telescope is inserted in a small incision just below the navel. This allows the reproductive surgeon to see into the abdomen and pelvis. Two additional incisions of about one centimeter each are made above the pubic hair line. Through these small incisions, instruments can be placed that allow the reproductive surgeon to detach the tube from the uterus and blood vessels and to remove it from the abdomen.

Laparoscopy is the preferred method for performing a salpingectomy since no overnight hospitalization is required and the smaller incisions are associated with a shorter recovery time.

Tubal Ligation

Tubal ligation is when the fallopian tubes are either severed or pinched shut, but not removed. It is often referred to as getting one’s “tubes tied.” This can also be done laparoscopically, abdominally, or even vaginally. The most common way to seal the tubes is by using a cauterizing clamp which when applied to the outside of the tube, will seal it shut. Other methods include placing strong, tight rings or rubber bands around the tube that pinch them closed.

Theoretically, by blocking the fluid from entering the uterine cavity, this may restore a normal chance for achieving pregnancy.

The most common use of tubal ligation is as a permanent form of birth control. It is generally not considered to be reversible.

Salpingectomy vs. Tubal Ligation: Which method is best for improving fertility?

Natural conception

If a woman has one fallopian tube blocked with a hydrosalpinx and the other tube is normal, the chances for pregnancy are reduced.

In a recent study, researchers looked at 25 women with one hydrosalpinx and one open fallopian tube. They attempted to determine whether treatment of the hydrosalpinx with either a salpingectomy or tubal ligation was more effective for improving pregnancy rates naturally without IVF. 18 underwent a salpingectomy and 7 had a tubal ligation of the abnormal tube. In the end, 22 (88%) women achieved pregnancy after the surgeries without the use of IVF. There were no ectopic pregnancies and no multiple births.

Both procedures seemed to improve the chances for becoming pregnant. Interestingly, the women who had a salpingectomy became pregnant more quickly compared to the women who had a tubal ligation.

This research seems to indicate although a one sided hydrosalpinx can cause infertility, it may be possible to reverse the effects of this condition. These women did not need further fertility treatment and their mean time to pregnancy was only 5.6 months after the procedures. For that reason, if a woman with one hydrosalpinx has been unable to achieve a pregnancy, treatment of the hydrosalpinx is a reasonable treatment option.

IVF

Obviously, if both fallopian tubes are blocked, than natural conception is impossible. Several studies have looked at whether treatment of hydrosalpinges is effective for improving the chances for pregnancy with IVF. Studies have looked at various alternatives such as salpingectomy and tubal ligation. Some studies even sought to determine whether draining the fluid from the hydrosalpinx (transvaginal aspiration) might be helpful.

Published guidelines from the American Society for Reproductive Medicine listed the following conclusions:

1. Patients with hydrosalpinges undergoing IVF experience approximately one-half the pregnancy rate of patients who do not have hydrosalpinges.

2. Salpingectomy performed for hydrosalpinx prior to IVF improves subsequent pregnancy, implantation, and live birth rates.

3. Current data are insufficient to permit recommendation of other treatment alternatives such as transvaginal aspiration of hydrosalpinx fluid or proximal tubal ligation.

Essure- A New Option for Hydrosalpinx?

Essure is a less invasive permanent sterilization procedure used by women to prevent any further pregnancies. Unlike a tubal ligation which requires small incisions to be made in the abdomen, Essure is a small microinsert is placed inside each fallopian tube by going through the vagina and uterus without any incisions. Over the course of three months, the metal coil inserts promote the growth of scar tissue inside the tube and thereby create a blockage that sperm cannot penetrate.

Because placing the Essure is less invasive than either salpingectomy or tubal ligation, it is an attractive possible option to treat hydrosalpinx in women desiring fertility.

Report: Essure and IVF treatment

Two women who previously had the Essure device implanted for sterility now wanted more children with a new partner. IVF treatment was administered to each woman with success. One woman conceived with one IVF cycle and the other with two IVF cycles.

One woman went through the process with no complications while the other one experienced some vaginal bleeding and lower abdominal pain. While at first, the pregnancy seemed like a probable miscarriage, the woman later delivered a healthy baby. These symptoms could have been a coincidence or related to the Essure device.

Surprisingly, ultrasounds revealed that after pregnancy, the device had not shifted placement, become distorted, or interfered with the pregnancy in any way. This preliminary evidence shows that women with sterilization devices, who change their mind about having a child, can do so using IVF.

Report: Essure for Hydrosalpinx in IVF

This same report referred to another case where a woman suffering from a hydrosalpinx used the Essure device treat and seal off her fallopian tubes. In later IVF treatment, the woman gave birth to a healthy set of twins. This suggests that Essure might be an effective option in treating hydrosalpinges in women before IVF.

courtesy of http://www.ivf1.com/hydrosalpinx-infertility-IVF/

Tuesday, November 30, 2010

Wurn Technique

Among all the efforts that have been done, i'm trying to pursue with Wurn Technique.

After two times battling and gambling in IUI, saya bercadang untuk bagi tubuh saya a break from all the synthetics hormones injected to my body. Lagipun LPPKN break seketika daripada menjalankan rawatan bermula bulan Oktober lepas. Tak pasti mengapa, tapi itulah yang seorang sahabat sampaikan maklumat.

Oh, tadi bukan kah saya hendak ceritakan tentang Teknik Wurn tu? Teknik tersebut telah dicipta oleh seorang doktor daripada US bagi mengubati Hidrosalpinx (or Hidrosalpinges-for both tube blocked).

Teknik tersebut merupakan teknik urutan yang diibaratkan 'melerai urat-urat yang bersimpul di dalam tubuh badan manusia. Pernah tak berlaku pada kita tiba-tiba badan jadi tak ok, bahu rasa stress semacam, kaki atau pinggang cramp tak tentu pasal? Bila pergi Klinik, confirm 100% doktor akan prescript painkiller or at least any medicated cream.

Selalunya orang Melayu, apabila lenguh-lenguh badan kita akan pergi berurut, am I right? Bezanya, kita tak pernah patternkan teknik itu sebagai hak cipta kita. Mat Salleh ni pulak, macam bijak pandai sangat, kononnya invent la teknik tu, teknik ini. Padahal, semua itu telah kita amalkan sejak turun-temurun lagi.

Saya sendiri mengenal urutan sejak umur 8 tahun. Mungkin lebih awal, cuma saya masih kecil dan tak boleh memorized lagi. Semasa anak dara pun saya kerap berurut, terutama sekali semasa 'datang bulan'. Sebabnya? Dahulu kalau saya datang menses, perut jadi cramp teruk, then saya akan muntah-muntah. Punya la tahap teruk. Worst thing happens every months.

Kemudian, selepas keguguran, saya masih lagi berurut. Macam-macam jenis tukang urut yang saya pergi. Semua 'sengkak' rahim untuk membetulkan kedudukannya. Sampai saya jadi fobia, kuat sangat tukang urut itu menyengkak. Saya pulak rasa nak sengkak saja kepala makcik tu. ^_^ dush!

Then, after that saya terus quit berurut. Lama juga lah, mak saya pujuk juga, tapi rasa takut, bukan takut diurut, tapi takut salah sengkak. Mana lah tahu lain jadinya nanti.

Maka, semasa saya surfing-surfing mencari rawatan alternatif kepada hidrosalpinx ini, saya terbaca artikel di www.clearpassage.com tentang teknik ini. Timbul suatu kesedaran dalam diri saya untuk kembali berurut!

Untuk rawatan Wurn Technique(R) tersebut, sekurang-kurangnya 20jam terapi diperlukan sebelum mendatangkan hasil yang dikehendaki. Maka, saya berazam untuk berurut tiap-tiap hujung minggu. Selain merehatkan badan, mana lah tahu teknik urutan benar-benar mengubati hidrosalpinx? Sekiranya berjaya, mungkin nanti wujud pula Indah Technique, perhaps? Boleh saya beri testimoni kemudiannya, tentang kejayaan kajian saya ke atas diri saya sendiri. Menarik bukan?

Termasuk minggu ini, saya telah menjalani urutan sebanyak 4.5 jam. Mungkin masa diperlukan sekurang-kurangnya 2 bulan untuk melihat hasilnya. Tukang urut saya tempah ni bestlah! Dia urut best! Tak perlu beritahu sakit di bahagian mana, tangannya sendiri terus menuju kawasan yang lenguh-lenguh. Dahlah mudah, telefon saja, servis terus sampai ke rumah. Jadi, selesa lah untuk berurut. Pick our own leisures. Looking forward untuk sesi seterusnya.

Pinggang, kenapa kau?

Sejak hujung minggu yang lalu, pinggang saya sakit.

Sepanjang hari duduk di lantai memotong baju kurung, akhirnya pinggang saya cramp. Sampai ke hari ini. Sudah diurut, masih begitu. Ah, kenapa lah?

Apa lagi yang boleh dibuat. mahu tidur pun sakit, baring pun sakit. Suami warning, bukan muda lagi macam dulu.

Hari ini di pejabat pula bertungkus lumus menyiapkan folio PPT. Tambah-tambah la sakit pinggangnya sebab duduk di kerusi dari pagi. Aaaa.. tak sabar tunggu jam 5. Nak balik, nak baring. Sakit gila-gila dah ni.

Thursday, November 25, 2010

Tribute to Jitra@Kedah

Saya mengagahkan diri menulis.
Sebaik usai solat, saya hanya bergolek-golek dengan lappy di depan televisyen. Tiada apa yang menarik perhatian, kerana televisyen itu saya biarkan mati. Malam Jumaat begini, tiada apa rancangan menarik di TV. Berbalik-balik cerita seram, cerita hantu, dan cerita-cerita yang akan menambahkan kecut perut apabila bersendirian kelak.

Sudahnya, saya berfikir lebih baik di muat-naik gambar-gambar yang sempat diambil ketika 'balik' ke Kedah hujung minggu nan lalu. Kualitinya kurang memuaskan, kebanyakannya diambil ketika kereta sedang bergerak. Sebolehnya saya cuba merakam segenap inci pelosok yang saya lalui. Menjejak kembali kenangan-kenangan lama 5 tahun lalu. Pantasnya masa berlalu.

Mengapa saya gunakan perkataan 'balik'? Entahlah, Jitra sudah sebati dengan saya. Saya merindui suasana kampung, keenakan makanannya yang pasti murah, rakan-rakan, jiran-jiran dan segala tentangnya adalah manis belaka. Di sana saya belajar berdikari, jauh dari keluarga, sakit-pening ditanggung sendiri. Dengan gaji tidak menjejak empat angka, saya masih mampu menyara diri, membayar ansuran kereta, menyewa rumah dan ada masa bersuka-ria.

Indahnya tahun 2002-2006. Di sana bermula perjalanan hidup saya. Di sana saya kenal erti kematangan. Apabila mengenang rakan-rakan dahulu, hati saya mudah sebak, kerana mereka adalah manusia-manusia tulus, rakan-rakan yang amat baik, menjalin ukhuwah dengan ikhlas. Hidup kami amat simple, bertungkus lumus di tempat kerja, sebaik pulang akan beramai-ramai mencari gerai laksa atau pasembor supaya dapat berborak kosong dengan erti kata lain bergosip untuk meredakan ketegangan seharian.

Tiada hiruk pikuk manusia. Laluan sentiasa lancar. Adapun kesesakannya hanya kerana ibubapa yang menghantar anak-anak ke sekolah. Selainnya, keadaan cukup selesa. Melalui ban, denai, dan menyusuri jalan-jalan kampung itu umpama suatu terapi minda yang mengasyikan; percuma.

Sunday, November 21, 2010

2nd day @ Jitra

Memulakan acara seawal 10.20pagi.
Hajat hati menjamah nasi lemak Cik N di Taman Rasa Sayang, Jalan Osman Aroff. Port favourite saya dan suami 5 tahun dahulu.

Melalui jalan itu, saya dan suami hampa kerana pasca banjir kedai tersebut masih ditutup. Kesan-kesan banjir masih bersisa dan mungkin mereka masih belum lagi memulakan perniagaan sejak banjir melanda kawasan tersebut.

Rancangan bertukar, mencari port untuk breakfast di Tanah Merah. Hampa. Para penggerai sudah mula mengeluarkan hidangan makan tengahari ketika jam menginjak 11.00 pagi. Sudahnya saya dan suami terus menuju ke Alor Setar. Kami perlu terus branch nampaknya. Destinasinya?


Pumpong.

Menariknya tentang Gerai Makan di Pumpong ini kerana mejanya disusun di bawah pokok-pokok yang merimbun. Bila waktu lunch, dengan angin sepoi-sepoi, dan redup, memang best! Nasib malang juga, lauk yang dihidangkan masih belum penuh. Huh. Rugi pula tak makan di Tanah Merah tadi.

Saya dan suami ambil makanan ikut suka kami. Ikan keli bakar, ikan kembung bakar, telur asin, batang keladi masak asam, rebung masak lemak, ayam goreng berempah, teh 0 ais limau dan kopi ais. Total : RM18.70. Entah murah atau mahal kurang dapat dipastikan. Yang pasti, dahulu lebih murah.



Pekan Rabu


Selesai makan tengahari, kami menyusuri jalan utama ke Alor Setar. Melawat Pekan Rabu. Saya membeli pulut hitam, belacan dan dodol. Dahulu, setiap kali ingin pulang ke kampung, saya akan belikan emak belacan Tanjong Dawai. Mak kata sedap.

Kemudian, berpusing-pusing kami di jalan yang selalu saya dan suami dating dahulu kala. ^-^
Akhirnya kami sampai ke Kuala Kedah. Kembali semula ke Jitra melalui jalan kampung, jalan shortcut melalui kampung-kampung dan bypass Bandaraya Alor Setar.


Photobucket
PhotobucketPhotobucket

Jo Cendol


Petang itu, sementara menunggu seorang sahabat lama pulang dari kerja, saya dan suami minum petang di Jo Cendol. Cendol pulut biasa, cendol pulut special, cucur udang, tapau dua mangkuk lagi cendol pulut, total: RM12.00.


Malamnya melawat saudara hubby pula. Menjejak jam 11.00malam saya dan suami minta diri.

Letihnya hari ini.

Saturday, November 20, 2010

1st day arrived @ Jitra

Sengaja saya mengambil cuti untuk Isnin nanti.
Sambil menghadiri majlis perkahwinan seorang sahabat pada hari Sabtu, saya teruja untuk melawat Jitra lebih-lebih lagi selepas banjir melanda baru-baru ini. Awal-awal lagi perancangan diatur, di mana untuk menginap, apa aktiviti mahu dibuat, apa makanan untuk dirasa, apa tempat untuk dituju.


Hari ini hari pertama saya di Jitra.

Menyewa hotel di tengah-tengah pekan PJ3 tiba-tiba membuatkan saya dan suami mati kutu. Sudah lama meninggalkan suasana itu, kami jadi canggung. Malam itu malam pertama kami di sana. Keletihan perjalanan sejak pagi menyekat rancangan untuk ke Alor Setar. Sudahnya, gerai Char Kuey Teow menjadi destinasi. Lokasi saya dan suami untuk makan Char Kuey Teow seperti 5 tahun lalu sudah tiada. Teller BSN itu juga sudah tiada. Kami memilih Zam Char Kuey Teow sekitar Pasaraya Yawata.

PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Sempat lagi mencuba potato spring MalaysianProducts yang baru di francaiskan.


Photobucket

Jam 9.00 malam pekan Jitra hampir lumpuh. Menjelang 10.00 malam, pekan PJ3 sudah lengang. Biarpun baru saja menjamah mee tadi, kami singgah ke sebuah gerai untuk membuang masa. Menunggu jam menjejak 11.00 malam untuk balik ke hotel.


Esok, bermula hari yang baru. Malam ini perlu berehat panjang, kesan perjalanan sejak pagi tadi melenguhkan urat-urat.

Sunday, October 24, 2010

Rusuh yang hilang

Melihat kucing-kucing boleh membuatkan saya bahagia dan teruja.
Sangat-sangat berhajat untuk membela seekor kucing di rumah.

Abah tak sokong
Mak sokong
Suami atas pagar

Beberapa kali memujuk suami untuk mengutip kucing-kucing comel di jalanan, suami tak benarkan. Tunggu dia belikan, katanya. Satu syaratnya, jangan letakkan di luar rumah, khuatir hilang seperti dahulu.

Alhamdulillah, melihat kucing sahaja hati saya merasa lega. Besar nikmat kurniaan Allah. Tiap yang diciptakan mempunyai sebab dan tugasnya sendiri.

Bolehlah saya tidur dengan lena malam ini, usah difikirkan rusuh di hati.
Minum segelas susu panas sebelum tidur adalah penamat hari ini.
Semoga esok membawa seribu kebahagian untuk saya.
Terima kasih Ya Allah. Ya Rahman, Ya Rahiim.
Apapun yang berlaku, aku belajar redha...

La Tahzan

Hati, jangan bersedih ya..
Tiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.
Allah Maha Mengetahui segala yang terbaik untuk dirimu.
Allah menguji kamu dengan apa yang mampu kamu hadapi.

Hati, jangan bersedih ya..
Hilangkan gundah itu, kebahagian pasti bersamamu.
Sabar..
Adalah ubat paling mujarab atas segala musibah yang berlaku..

Hati, jangan bersedih ya..
Gunakan segala musibah itu sebagai penguat semangatmu.
Jangan berputus asa..
Kamu kalah andai kamu mengalah..

Hati, aku tahu kau mampu bertahan.
Be strong, I know I'm strong, I need to be strong.
Shall these teardrops streaming down
To treat this sorrow
Yes, as it may fade the thorn inside you
Cry, as much as you want
Only tears can comfort you

Saturday, October 23, 2010

Apakah kesan ubatan merawat kesuburan?

Saya menjadi musykil dengan perubahan fizikal saya selepas menjalani rawatan untuk kehamilan ini.
Isu berat badan, kulit dan ciri-ciri lain melalui perubahan yang ketara.
Atas curiosity yang menebal, saya mencari kesan-kesan ubat ini thru internet. Surprisingly:

Folliova Side Effects:
Heart- Hypertension.
Central Nervous System - Headache, emotional lability, depression
Skin - Rash, acne, pealing or scaling of the skin.
Gastrointestinal - Abdominal cramps, nausea, abdominal fullness/enlargement, abdominal pain, constipation.
Genitourinary - Excessive stimulation of ovaries leading to a condition called Ovarian Hyper stimulation Syndrome, bleeding, infection or pain from the genitourinary tract, pain in breasts.
Metabolic - Weight gain, dehydration.
Respiratory - Respiratory disorder, accidental injury.
Miscellaneous - Pain, injection site reaction, neck pain, fever, accidental injury, anaphylactic reactions, multiple pregnancies.

Pubergen Side Effects:
Central Nervous System
- Headache, irritability, restlessness, depression fatigue.
Genitourinary - Precocious puberty, breast enlargement in male.
Metabolic - Edema.
Miscellaneous - Pain at injection site, arterial blood clot, shock, abdominal pain.

Duphaston Side Effects:Side effects of Duphaston may include gastro-intestinal disturbances, allergic skin rashes or urticaria, changes in libido, acne, fluid retention, mass gain, mental depression and breast changes, which may include discomfort or gynaecomastia. Alterations in liver function tests have been reported and less frequently jaundice.
In a small percentage of the treated cases, breakthrough bleeding may occur, which can be prevented by increasing the dosage. During the clinical application of Duphaston, no virilising side effects were observed.
Me then: oo00ooo00oo no wonder la!
Suami: Takpe mama, sabar ye..

Thursday, October 21, 2010

Kursus Air-cond Inverter

Hari ini saya perlu menghadiri kursus Air-cond Inverter. Elok juga kalau sekali sekala bercerita benda-benda ilmiah ni.
Apa bagusnya sistem inverter di dalam penyaman udara ni?
Sebelum itu, inverter adalah suatu sistem yang menukarkan DC kepada AC dan digunakan untuk mengawal kelajuan pemampat(compressor) di dalam suatu sistem penyaman udara.

Teknologi sebelum ini yang tidak menggunakan sistem inverter menyebabkan pemampat tadi bekerja secara maksimum di mana cut-in dan cut-off compressor itu boleh dirasai oleh pengguna di dalam bilik. Apabila compressor ini bekerja secara maksimum, secara tidak langsung tenaga elektrik yang digunakan juga mencapai tahap maksimum. Dengan erti kata lain, meningkatkan penggunaan tenaga elektrik sekaligus meningkatkan bil elektrik di rumah anda.

Dengan adanya sistem inverter ini, proses cut-in dan cut-out tersebut menjadi smooth, mengurangkan arus permulaan (yang menyebabkan rata-rata bil elektrik melambung kerana starting current yang tinggi) untuk memberi tork kepada motor pemampat. Mengapa saya katakan motor pemampat? Ini kerana pemampat itu sendiri merupakan sejenis motor yang mengepam bahan penyejuk (refrigerant) ke dalam sistem, bergantung kepada suhu yang ditetapkan oleh pengguna. Semakin rendah suhu yang ditetapkan oleh pengguna, semakin tinggi kelajuan (rpm) motor pemampat untuk mengepam refrigerant ke dalam indoor unit.

Semasa kursus tadi, saya belajar cara-cara pump-down bahan pendingin dari dalam indoor unit. Proses pump-down ini merupakan cara untuk menyimpan bahan pendingin yang masih bersisa di dalam indoor unit ke dalam compressor. Model Panasonic air-cond inverter tadi menggunakan gas R410A antara gas penyejuk yang dapat mengurangkan kesan CFC kerana penggunaan gas-gas air-cond terdahulu (R22, R134). Untuk sistem ini kandungan cecair R410A yang perlu dimasukkan kira-kira 740gm atau maksimum 9bar. Hanya satu jenis sahaja sistem inverter air-cond one-to-one indoor to outdoor unit yang menggunakan gas R22 iaitu jenama Daikin.

Esok, saya akan belajar cara-cara troubleshooting air-cond dengan sistem inverter. Seronok belajar sesuatu yang baru dan sedikit keluar daripada interest saya sebelum ini.

Monday, October 11, 2010

Aik, lamanye tak update blog?

Haa.. lamanye tak update blog. Sowie hoccay? (Hang mintak mahap pada siapa? Perasanlah ada orang folow blog hang.) Ada haku kesah? Lantak le ada orang nak baca ke, tidak ke.. Kan terpulang memasing punya hobi.Cam saya, menulis suka-suka kan? So, kalau saya rasa saya suka nak menulis saya tulis la panjang-panjang. Kalau tak? Tulis la kontot-kontot. Ada orang nak marah ke?

Kenapa tiba-tiba pulak menulis ni? Aih, banyak pulak songehnya, dah orang rajin tu pi tegur lagi, nanti jadik malas sapa susah? Saya jugak kan. Nanti kalau tiba-tiba saya malas kemas rumah, malas makan, malas tidur, malas malas malas, kan susah. Jadi, kalau orang tiba-tiba rajin pegang penyapu dan sapu seluruh rumah plus kaki-kaki lima, kaki enam dan tujuh janganlah tegur pulak. Kita pakat-pakat buat derk je. Hoccay?

Tapi jangan la pulak tak appreciate bila rumah dah berkilat lantai boleh buat cermin muka sampai nampak bulu hidung segala, cakap lah 'terima kasih' bukan berat sangat pun. Tak kena bayar tol pun nak cakap lima patah perkataan itu.

Haha. Apasal tiba-tiba kamu emosi ni?

Saya bukan emosi, cumanya mukadimah saya hari ini lebih panjang dari biasa, Maklumlah, tangan dah kaku, ini kira proses warming up jejari la. Nanti kalau cramp, susah la tangan tu nak buat cekodok petang-petang sambil cicah sambal kacang (eh, tetiba laparlah!). Hep.hep.hep. Pasal makan nombor satu kamu ya.

Suka membebel sekarang mengapa?

Mungkin umur makin bertambah maka otot-otot lidah ni bergetar lebih dari biasa. Jadi bukan salah saya bila mulut ni makin kuat membebel dan me'muncung-ikan'. (Eceh! cam kenal la muncung ikan itu, sedara ke?)

Ok ok
Enuff enuff

Topik di atas dah keluar tajuk ye. Boleh fail sebab lari dari kehendak soalan.

Sebenarnya nak cerita 18 sikit. Jadi sesiapa yang bawah umur tu boleh tutup mata ye, jangan baca, dengar je boleh. T___T

Pagi tadi ke LPPKN lagi, untuk buat IUI for the second time. Today Dr. Komathy which is my regular doctor in charge is not in, preferably Dr.Hamizah taking charge to replace her to conduct the procedure.

Arrived at 8.15 am. Prosedur sama je seperti yang lalu. Cuma ke'sengal'an kali ini kurang sedikit. Sekurang-kurangnya prosedur ini dimulakan dengan Bismillah. Sepanjang masa mulutku terkumat-kamit berselawat. Ngeri tambah ngilu. Bukan sedap, hoccay? Yang sedap tu yang lain. Apa? ha ha ha. Kamu bawah 18 tahun, tutup windows ini ye. Kalau sudah ada teman hidup, silakan nikah baru kamu tahu ya! (Berapa banyak Ya! yang kamu ada-Ya!)

Ubatan kali ini mencecah RM1k. Kurang 2-3 hengget sahaja. Ubat Folliova 150iu 4 tiub RM530, Duphaston dan ubat pecahkan telur RM120. Prosedur IUI RM350. Extra 5-10% untuk parking. 1 jam RM4.00, tiap jam kedua dan seterusnya RM3.00 satu jam.

Keluar dari LPPKN terus ke Shamelin Perkasa. Dua tujuan murni, nak cari bubble wrap envelope DAN mencari MO Outlet. Dapat envelope tu setelah saya gegarkan pintu supplier yang berjeriji. Dapat 2doz, cukup la dulu. Susah betul mencari sekitar rumah saya.

Sampai di MO Outlet, saya seperti orang gilak! Gilak kamu, tengok kasut (ada ke orang pakai kasut di kaki harga nearly 3k). Sengih saja la mampu. Suami lantas berkata

"Mama, if that shoes boleh letak di tempat keempat-empat tayar kereta kita dan berjaya bergerak, silakanlah beli"

Ahaks. Itu ayat-ayat menguji tu. Menguji ketulusan dan ketelusan hati saya. Tunggu abang, ColeHaan tu berjoget-joget mintak saya angkut dia bawa larik!

Enuff with the imagination. Mampu tengok saja la harga beg-beg ribuan ringgit tu. Tapi suami kata 'tak boleh blah' tengok soalan nerd saya kepada salesman itu.

"Bang ni barang secondhand ke? Apsal dah bercalar-balar?"

Memang tak sayang mulut ye. Insurans berapa juta? Oh, insurans rumah dan kereta saja ada? So baik kamu shadapppp!

Tanya bila lagi sale, mahu datang semula. Untung beli designer handbag ni sebab boleh dijual semula. Macam beli emas pula. Tapi itulah hakikatnya. Rasa dah jemu esok, let go saja la, beli yang baru. Satu bentuk investment juga kan? Kalau rasa nak lagi cun, beli la Hermes harga USD54000 kulit burung unta atau kulit buaya. (Buaya pasti bangga siut, mahal tu kulit dia!)

So kesimpulannya, topik kita hari ini ialah menulis suka-suka sebab dah lama menyepi tambah carca-marba campur semua topik apa saja yang terlintas di kepala.

Suami tiada, pergi kumpulan belajar (Aha sopannya-studygroup). Sebab itulah saya dapat menulis lebih lajuss (plural ni) kerana tiada gangguan 'mama tolong buatkan air-megi-makan-kudapan'.



Monday, July 12, 2010

LPPKN - IUI Treatment

Hari ini saya menjalani prosedur IUI. Seperti dijanjikan, tiba di LPPKN Jalan Raja Laut jam 7.45pagi. Selepas mendaftar ke tingkat 6, diarah naik ke Tingkat 7 untuk prosedur mengeluarkan benih suami. Sementara saya menunggu dipanggil untuk prosedur kepada saya, kami makan dulu. Makan yang amat banyak. Nasi lemak dan roti canai untuk tiap seorang.

Jam 9.30 pagi datang semula ke Tingkat 6, tunggu punya tunggu tak dipanggil2. Pegi tanya nurse, diarah naik tingkat 7 terus dan tunggu dipanggil masuk.

Jam 10.45pagi saya diarah masuk, lie down di katil ward, sementara tunggu Dr.Komathy.

Tik.Tok.Tik.Tok.
Ahh, penantian itu satu penyeksaan.

Dalam hati berdebar-debar teringat kata-kata kawan yang pernah rasa prosedur ini; menyakitkan.

Jam 11.20pagi doktor datang untuk selesaikan saya. Prosedur tak sampai 5 minit. Catherer dimasukkan ke dalam, disambung dengan syringe dan..seterusnya tak perlu saya ceritakan.

Sakit? A little bit. I can stand it. Still for now. Never now what comes up next.

Sampai rumah jam 1.00tgh. Suami suruh saya rehat2 sambil golek2. Suami sediakan semuanya untuk lunch, dinner, tomorrow breakfast and straight for the whole week. :)) Luv the care.

Total cost: RM350 untuk IUI
Parking: RM16.00 (4jam)

Walaupun sekarang saya tak ada mood nak menaip dan memblog, tapi memang tak tahu nak buat apa dah. Bergerak sikit suami marah. Suruh duduk diam-diam. Saya mana tahu duduk diam?

Friday, July 9, 2010

LPPKN - Subfertility Treatment

Hari ini jam 7.30 pagi bergerak ke LPPKN Jalan Raja Laut. Datang untuk scan ovum sekali lagi since 7 Julai lalu telur masih tak berapa besar. For that case, Dr.Komathy bagi extra 1tube injection Folliova 150 I.U disuntik malam tadi.

Ingat tak entry sebelum ini saya kena ambil suntikan folliova 75 I.U tetapi tak berjaya mengeluarkan telur? Kerana terlalu kebal, Dr telah tambah dosage double untuk disuntik. Hasilnya? Telur2 meriah keluar dari ovari kanan. Menarik bukan? Dapat lihat di skrin Ultrasound tu berkepul2 (ayat betul ke?) telur-telur bersedia untuk dikeluarkan. MasyaAllah!

So, today's costing:

Ubat Duphaston - untuk menguatkan rahim, diambil 4 hari selepas prosedur IUI untuk 12 hari. RM 57.60
Ubat Pubergen 5000 I.U - untuk memecahkan telur RM32.00
Ultrasound- RM20
Consultation- RM10
Total cost: RM119.60
Parking RM13.00 jangan lupa! (untuk 3 jam)

Costing untuk 3kotak ubat Folliova 150 I.U pada 31 Jun 2010 (termasuk consultation fees)
1kotak RM119.60
Clomid x 10biji RM36
Total cost: RM 404.80
Parking: RM 7

Costing untuk additional Folliova 150 I.U pada 7 Julai 2010
1 kotak RM119.60
Ultrasound: RM20
Consultation: RM10
Total cost: RM149.60
Parking: RM 7

Costing untuk Folliova 75 I.U pada 30 Mei 2010
Resit hilang, so tak berapa nak ingat terperinci. Bagi 3 kotak Folliova 75 I.U, clomid x 10biji dan consultation
Total cost: +-RM350.00

Prosedur I.U.I akan dilakukan pada Isnin 12 Julai 2010 ini. Bayaran RM350 untuk prosedur tersebut.
Cuti telah diambil untuk 13-16 Julai 2010. Harap-harap diluluskan cuti oleh Pengarah. Saya perlu berehat secukupnya dan menghindarkan diri dari stress.


Allah! Semoga saya berjaya.

Wednesday, July 7, 2010

Twilight Madness

Masuk hari ini, dah 3 kali tonton Twilight Eclipse. Baca novel sequel 4 biji juga sudah tamat-finish-end.

Keterujaan ini melampau2. Malam ini berhajat tonton midnight di Alamanda.

Tak cukup lagi 3kali tonton? Sudah hafal skrip pun nak tonton?

Iya! Saya memerlukan layar besar, nice sound system plus popcorn++. Superb!

(Wonder mana nak dapat projector-since sound system Altec Lansing dah ada di rumah-yang kurang cuma skrin besar. Bilakah? Abang...skrin 42inci satu ye bang! Pang~!!! Banyak songeh mama?!)

Huu.. Suka saat Edward propose Bella, even it is not as the exact words as in the novel.Background OST Sia-My Love humming in my head! What a madness..

Monday, July 5, 2010

Saya suka!!!

Apa pasal? Tiba-tiba saja suka? Lama tak update blog jadi gilakah? Hah hah hah...
Hari ini saya berjaya mencari Twilight Eclipse. Tak sanggup lagi menunggu 8 Julai ni. Berjaya tengok dengan keterujaan yang nyata. (Jika kau lihat mesti berkata, gilakah? Senyum sorang2, sengih2 dan geleng2 kepala-seorang)

Siap saya tukar blogskin nak bagi tribute pada Twilight. Macam dapat share je? Yerr.. share dosa. Hari ini saya berpuasa dapat lapar dan dahaga saja kah? (camne x dapat lapar dan dahaga je,. tengok Bella n Edward kissing..ops sensored!)

Hahah.. Tak abis lagi saya gelak kesukahati-an. Seronok siut, cam menang kereta mewah beserta percutian idaman di Esme Isle. Hah lagi? Sudah2 lah ye.. (Teringat suami jeling2 sebab tenung henpon 24jam di rumah, di kereta, di jamban dan di mana saja kerana asyik baca novel Breaking Dawn di henpon skrinkeciksakitmataku)

Tapi saya tak mahu tahu di luar set bagaimana Edward tu. Not to even mention his realname either. I'm not interested in his real life. What i want to noe is-Edward is the vamp. As i imagine throughout the novel. I love the character, not the way he used to be outside. Love the soft velvet voice, serious and full of courtesy. Since I've read all the chapter; from Twilight Saga-New Moon-Eclipse-Breaking Dawn, which comes out the best is Breaking Dawn. Can't wait for the next Breaking Dawn in muvee.

Monday, June 28, 2010

Kursus wiring 3phase

balik dari Cherating jam 11.00malam (Ahad).

Esok rasanya perlu ke Banting. Mintak kursus 3phase wiring dengan diorang. Saja. Bosan.
Pagi-pagi lagi panjat office untuk mintak fax dari diorang. Dapat surat, direct ke banting. Sampai jam 9.30pagi.

3 hari wiring. 1 hari testing. 1 hari buat earthing. Its worth it.

Balik rumah, collapse. Sejak minggu lepas jadual packed. Tapi rasa seronok sebab bz perkara-perkara camni. dari duduk2 saja menghadap laptop seharian di ofis.

Ahh! Abang, tolong urut bahu mama, ok?

Rasa nak upload gambar-gambar semasa kursus tu, even gambar di Cherating. Tapi susah sikit sejak guna netbook ni (setelah my previous lappy diberi pada suami-setelah skrin lappy dia rosak)

Sunday, June 27, 2010

Course di Cherating

Hmm, malam ini bermula sesi pengenalan program peringkat negeri Pahang utk belia. Seperti biasa, saya take over bahagian ice breaking. Itu sahaja pun yang saya tahu.

Modul sama peringkat daerah, cuma berbeza peserta kursus terdiri daripada Exco2 (ada lawyer, Pengerusi2 persatuan, dan ada seorang PA Najib). Mujur masa intro saya tak tahu status mereka. maka darah gemuruh itu tidak seteruk dahulu.

Program kali ini, personally saya rasa membazir. Peserta keluar-masuk ikut suka hati. Punctuality never exist. Sedih, sebab kerajaan dah membazir banyak duit utk mereka tetapi tak digunakan sebaik-baiknya. Ada seorang peserta dengan jelas dan nyata memberitahu sebab hadir untuk 'melihat sejauh mana kemampuan pihak konsultan'. Patut kah?

Mungkin mereka merasakan mereka sudah menjadi pemimpin terbaik, siapa tahu?

Monday, June 21, 2010

Huuu..lapa..lapa

Aik? Pagi2 dah lapar?

Hari ini saya berpuasa. Menyedari tinggal beberapa hari saja lagi masuk Ramadhan.
Malam semalam tidur lewat juga. Jam 1.00pg. Tanpa sempat say hi2bye2. Edward Cullen pun tak sempat singgah dalam tidur. Letih!

Oleh kerana hb tiada, saya ambil keputusan inilah masanya untuk qada' semula puasa. Kerana sudah pastinya nanti saya tiada kawan mahu makan. Maka dari saya sedih sorang2, baik saya puasa. (Hish! Salah niat ni.. Puasa kan untuk dapat pahala)

Bosan sungguh pergi kerja hari ini. Pergi jalan2 ke bilik jahitan, x ramai ahli jemaah untuk praktis tangan kaku kami. Uuuh.. rasanya tentu seronok kalau dapat bantal dan tilam ketika ini. Perut dah berdondang sayang, baru jam 10.00 pg. Sure petang ni saya akan muntah2 dulu, tanda2 hari pertama puasa. Haha! Macam budak kecik. Tapi itulah saya. Memang suka nak muntah2 ni. (Heh., geli la jangan cerita mende macam ni, boleh?). Saya sakit, saya vomit, saya stress, saya vomit, saya geli, saya vomit. (Xguna perkataan tu kan, so kira boleh la)

Apasal pagi ini terasa begitu bosan...

Saturday, June 19, 2010

Hujung minggu yang produktif

Produktif? Takrifan please...
Bangun pagi2 (takde la pagi sangat! Standard pagi weekend ialah jam 9.00, ok?) kemudian saya bergolek di ruang tamu dan On lappy.

Huhu, tidak sabar menghabiskan sisa novel Twillight yang di'donlod' free. Keterujaan semasa tonton cerita ni di wayang tertayang2 di layar kepala saya. Baca sampai lewat pagi jam 3.00 semalam namun tak berjaya menghabiskan. Azam hari ini: Twillight sepanjang hari.

Selesai branch jam 11.00pg, saya mulakan aktiviti menyiapkan baju kurung pemberian rakan2 semasa ingin bertukar dahulu. Tinggal sedikit saja lagi. Tikam leher, sembat dan silang pangkah serta jahit kain..Selesai! Isnin boleh pakai! Saya suka pakai baju baru dan seingatnya sejak kembali bekerja semula ini baru beberapa kali saya beli baju baru.

Stop jam 2.00ptg saya tiba2 mengidam tonton semula Twillight dari DVD. Maka muvee marathon utk Twillight dan New Moon pun berlangsung. Di tangan pula saya buka novel Twillight. Haha! (Gila kau! Apa yang mengidam sampai begitu sekali? Kenan anak rupa Edward Cullen mahu? Mahu! Mahu!)

Saya tonton sehingga jam 6.00ptg dan teringat suami akan pulang bila2 masa saja. Perlu menyediakan kelengkapan perut yang lapar ini. Goreng pisang (atau pisang goreng? Yang mana satu? Lantaklah) dan goreng nasi (Hei, lepas ni sila lah komplen kadar lemak di perut ya!).

Kemudian saya continue menjahit semula. Stop seketika beri laluan pada kewajipan kemudian sambung semula aktiviti jahitan. Then tepat jam 11.00malam baru on lappy semula. Sambung membaca Twillight semula.

Lewat lagi lah malam ini mata beradu...(Kenapa akhirnya kelihatan saya not in da mood?)

Wednesday, June 16, 2010

Hari menyelesaikan kerja tertangguh

Hm.. (Aik,belum apa2 sudah mengeluh?)
Hari ini saya tak berapa boleh melagho. Sudah ada org bersama-sama di dalam opis kecil saya ini.
(Bila masa opis ni jadik opis kau ye?)


Dari pagi tadi menyetelkan markah angkut student2. Namun tidak berjaya siapkan atas sebab yang saya tak boleh elakkan (mana boleh mengata orang dalam blog. Heish!).

Selepas itu saya pun yang tak tahu nak buat hape, meng'on' intenet, sambil chatting, sambil makan bfast yang ditapau tadi, sambil mencari-cari bahan free utk bacaan. Manalah tahu jumpa novel2 best di net. Kan dah cut cost utk bahan bacaan sebegitu yang sedia maklum agak mahal (mahal kerana membelinya umpama makan KFC untuk 2 orang (=_+) kedekut ya!

Sekali terjumpa web ini, begitu syok sekali..

10 Perkara Memeranjatkan Dalam Perkahwinan

Bila wujud perkahwinan, tidak semesti semuanya ok dan bahagia. Ada banyak perkara yang boleh mengubah tanggapan kita dan kita perlu banyak bersabar. Di bawah ini ada beberapa perkara melalui pengalaman masyarakat kita dan tanggapan mengenai perkahwinan dan pengalamannya selepas berkahwin.

1. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi.
"Saya dan suami baru sahaja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa yang drastik cuma kami dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan dari segi emosi dan fizikal. Jiwa semakin terasa keseorangan. Nasib baik kami berdua cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan yang bertentangan."

2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari.
"Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil. Kadangkala anda akan merasakan diri sudah tidak dicintai." Amat penting bagi masing-masing mengucapkan perasaan cinta dan mencintai.

3. Anda masih perlu menghangatkan suasana.
"Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti teman sebilik sahaja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan mata."

4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan.
"Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami gemar bergelak ketawa bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari ada sahaja SMS yang dihantar... kadang kala lawak jenaka dan ada juga mesej berunsur seks nakal."

5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban.
"Mana ada yang seratus peratus adil pembahagiannya. Selalunya isteri akan lebih banyak berkorban terutamanya dari segi kerjaya. Kadang-kala ada yang terpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana tidak ingin rumahtangga kucar-kacir."

6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa.
“Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut masa. Kadang-kalanya dari segi perangai, rupa paras , bentuk badan dan hobi. Tiada orang yang akan kekal sama seperti mana mula-mula berkenalan dahulu.”

7. Anda tidak semestinya akan bersetuju dalam semua perkara.
“Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus untuk membesarkan garaj manakala isteri inginkan sofa baru. Terimalah hakikat bahawa masingmasing ada keinginan yang berbeza. Yang penting tolak ansur - mungkin bonus tahun ini mengikut kehendak isteri manakala bonus tahun depan untuk suami pula.

8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.
“Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan tolak ansur dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka berkahwin lazimnya akan berjaya melawan badai atau apa-apa masalah. Mereka inilah yang dapat menikmati kemanisan berumahtangga. Sememangnya pasangan ini adalah "soulmate" masing-masing.”

9. Hubungan seks ada turun naiknya.
“Kadang kala sangat berkesan dan ada kalanya tidak begitu memberansangkan. Masing-masing seharusnya menerima bahawa ianya bergantung kepada "mood" dan keadaan sekeliling.”

10. Perasaan Ego yang berlebihan adalah amat berbahaya.
“Apabila perselisihan terjadi, masing-masing menjadi begitu sensitif dan mementingkan ego. Jika terlampau mengikut ego, anda mungkin akan memanjangkan masalah yang kecil. Elakkan daripada menyimpan perasaan marah terlalu lama kerana pasangan anda mungkin akan berubah hati. Sanggupkah anda?”

Thnx to :www.senjatalelaki.com/download7612/RahsiaRumahTangga.pdf

Perkara yang baik untuk direnung-renungkan...

Tuesday, June 15, 2010

Horey. Horey!

Why? Sebabnya hari ini tiada seorang pun makhluk bersama saya di bilik opis saya ini. Dengan erti kata lainnya. Merdeka!

Saya boleh buat apa saya suka. Saya buka internet, saya buka lagu, saya buka.. Apa? Hey hey. Jangan pikir lebih-lebih.

Namun begitu di saat saya berhorrey2 ini, tiba-tiba saja rasa bosan dan dungu. Dungu tahu? Sebab tiada sesiapa untuk diajak bercakap. Hanya jari jemari ini sahaja keletak-keletuk mengetuk papan ke-mana? ke-kunci la. Hahaha.

Apa hek nak buat? Heish, ada baiknya kamu ambil wudhu', baca Al-Quran sebelum masuk waktu Asr sebentar lagi. Hihi. Lagha betul la hari ini. Solat Zuhur tadi pun menunggu jam 2.30ptg.

Aaaa. Bilakah jam mahu duduk di angka 5! Saya sudah tak sabar menunggu bergolek2 di depan TV sambil makan cucur pisang cicah segala yang boleh dicicah. :D

Kan saya dah bilang!

Masih ingat kejadian keretakesayanganku dicalar pakcik guard jahat tu? Hish, entry bawah saja, sila lah baca semula.

Sambung cerita itu..
Sebaik suami pulang dari kelasnya jam 7.30malam, masuk pintu rumah dia bersuara

"Kereta abg pun kena juga.. Mlm ni kita pegi buat police report."

Aku menurut je. Lepas solat tu kami terus ke balai. Selesai mereport, pegawai penyiasat tu kata

"Apa masalah guard tu?"
"Aik, cik tanya saya, mana lah saya tahu?"

Hish, ada patut suami kata tak tahu, kalau saya la confirm saya kata guard tu dah ada mental illness. Tak boleh diubati lagi. Kena duduk Tanjung. Tak boleh kerja di mana-mana lagi. (Mode jahat! Saya sungguh beremosi dowh!)

Sedangkan hakikat sebenarnya saya kena duduk jauh, hanya suami saja boleh bercakap dengan pegawai penyiasat tu. Macam dia tahu2 saja yang saya akan membebel mengutuk PakGuard Jahat tu.

Dan semalam, saya menunggu bersama suami berjumpa dengan Mr. Ivan Ho dari pemaju, tapi rupanya dia cuti. Tunggu boss sorang lagi pulak tak masuk2 ofis. Hei.. saya sudah kurang sabar untuk menghambur kata2 nista kerana kelembaban mereka bertindak!

Sampai ke hari ini, masih menunggu tindakan pemaju. Jika tiada tindakan Cik Penyiasat Balai Polis tu syorkan kami buat another report (Free je la, boleh buat 100 kali pun mereka okey saja. Haha!)

Op. Sudahlah. Sekarang tengah me'marking' paper. Sat lagi nak kuar bfast wit suami. Oleh kerana sume member2 bercuti dan saya tiada kroni untuk diangkut makan pagi2 ni, maka saya minta suami dtg dan temankan saya makan. Heh.heh.heh. (Boleh gitu? Bolehlah!)


Saturday, June 12, 2010

Hei.. Pakguard Jahat!

Suami yang ingin ke kelas tiba-tiba menelefon.

"Ya, call adik Ad, tanya semalam masa dia pinjam kereta ada calar tak?"

Toing! Sumthin come out from my mind. Ini tak lain tak bukan kerja Pakguard jahat itu.

Hairan. Tidak. Semua bukti menjurus kepada pakcik hitam berkilat itu. Selama saya park kereta di luar guarded area, tak pernah kereta itu ditoreh. Sejak Selasa lepas adik pinjam kereta itu dan baru pulangkan semula tengahari semalam.

Sebaik sahaja dipulangkan, hari ini dah kena toreh. Selepas kejadian tempoh hari. Setelah saya laporkan kepada pengurusan. Ahh, pengurusan lembab. Selepas dapat panggilan dari suami tadi, saya terus telefon ke pengurusan semula. Jam 1.00 tgh, hari ini halfday, saya kena cepat bertindak.

Saya sudah bilang tempoh hari, saya mahu guard itu ditukarkan serta merta kerana kita tidak tahu apa bahana yang dia nak buat lepas ni. Sah! Sangkaan aku benar belaka (cam lagu Ameng ke Ukays ke ha? Penah dengar je statement ni)

Pengurusan minta tempoh seminggu lagi untuk tukarkan guard itu. Apa? Another week? Saya bilang sama dia, kalau kereta yang park di luar boleh ditoreh, lagi pula kereta depan mata dia dalam guarded area. Kan? Hep.hep. Bukan aku prejudis, tapi sediakan payung sebelum hujan, masak nasi bila lapar. (Hei..mana kau belajar peribahasa broken ni. Sengal!)

Saya kata, I want an immediate action! If not, I've no choice but to lodge a police report. This is the matter of residents's security. Understand? Hah. Ugut sikit2 je.

Emosi ketika ini mahu saja ke guard house dan baling telur busuk atau lauk basi atau? Atau apa? Dah. dah. Jangan ikut kata Syaitan. Baik!

Friday, June 11, 2010

Awake @ 4am

I couldnt sleep last night. The reason of awakening is the same. I felt tense tooks over my nerves, my mind and my soul. I felt helpless. I'm tired and sick of this. The feeling that I might just left behind but I coundnt. The cold conversation, in the silent night, it kills me.

The resemblance of the past haunting as for the words i'm uttered. It just feels like yesterday. When everything trembled and took away the pride and dignity. Am I still the same as before? Should I change? What have I done wrong?

Huhuh. Nape entry kali ni lain semacam saja. Ahh, sibuklah nak tahu, ini hal-hal jiwa yang saya suka simpan secret2. *...*
Saya cuma wish saya hidup bahagia, senang bukan kerana wang tetapi kerana hidup yg tenteram. I really need a peaceful life, i insist thou i know it's impossible.

Tuesday, June 8, 2010

Marah @ 3.30am

Sampai dari Langkawi pada jam 3.30pagi Isnin. Sampai saja di parking lot, Pak Guard dah cari pasal dengan saya.

"Kereta kau parking kat luar"

Hek eleh, lansi gila PakGuard ni. Aku yg keletihan terus rasa ingin menyinga. Tak menyempat ke nak bagi arahan keluar dari parking area. Saya capai luggage dan rasa nak lontar kat muka orang tua ni. Memang suka cari pasal.

"Pakcik ni ape hal? Tak reti dah cakap elok2?". Sambil tangan capai Hp dan dail suami.
"Bang turun jap bang, Pakcik GUard ni cari pasal lagi"

Lagi? Iyer, LAGI. Sebelum cerita lebih panjang, Pakcik ni dah cari pasal 4 hari lepas lagi. Biarlah saya flashback. Tringgg~ (jgn lupa buat sound effect)

Tarikh: 3/06/2010
Jam: 4.00pg

Hari ini bertolak ke Langkawi. Sebelum itu saya perlu ke rumah Kak N di Telok. Maka oleh kerana tahu luggage saya maha berat dan besar, maka saya park keretakesayanganku di dalam. FYI, keretakesayanganku tiada sticker, yang ada hanya keretakesayangansuami sahaja.

Oleh kerana suami juga outstation dan tak mahu susahkan abang, maka saya willing untuk keluar dari rumah jam 4.00pagi. Keluar saja ke parking, lihat keretakesayanganku sudah di'clamp'. Ok ow, saya in a middle of run to catch the ferry at 11 in Kuala Perlis. Time ini lah nasib begitu malang.

Minta PakGuard tersebut membuka clamp. Alasan saya:

1. Saya baru park jam 10malam sebelumnya.
2. Tiada notis untuk peringatan. Mana boleh suka2 hati dia nak clamp.
3. Kalau saya tiada pass masuk, takkanlah saya boleh bawa kereta tiada sticker tu masuk. Reti?

Tapi PakGuard tu mula membebel2 dan menunjuk berapa ramai dia dah clamp. Ada haku kesah?
Nak menangis aku dibuatnya sebab dah hampir 4.30 pagi. Ahh, rasa nak sepuk saja PakGuard tu. Ai admit my mistake ok, x tulis di dalam buku log dia, mana saya tahu perlu buat begitu? Tiada arahan di mana2 pintu Guard pun?

Last2, ada 2 orang brader lalu, sambil cakap..

"Kau bagi je sorang seploh hengget, mesti dia bukak"

Uhh, camne aku tak terpikir ke situ? Sudahnya aku tanya PakGuard kerek tu

"Pakcik nak apa sebenarnya?. Cakap, pakcik nak berapa ringgit?
Saya tak ada duit banyak sangat coz belum draw (gila ko nak ngaku ada duit? kang dikapurnya saya, menyesal!). Nah le pakcik, sorang seploh rengget."

Sambil mata saya tengok Guard Bangla sorang lagi, saya hulur rm20 terus pakcik tu cekau. Dan dia terus ke kereta haku buka clamp. See? Pakcik itu begitu JAHAT! Aku benci PakGuard rambut kerinting muka hitam berkilat cam tak mandi tu. Apa dia ingat dia Nordin Ahmad ke? Wahh., saya jadi begitu emosi dowh!

Sambil menyumpah-nyumpah di dalam hati, rugi rm20 untuk tol ke Telok nanti.

Tarikh: Pagi kejadian 7/06/2010
Tempat: Lokasi yang sama seperti kejadian kelmarin dulu.

Sambung cerita tadi, sebaik suami turun, dia meng'catch up' saya di Guard House. Dari jauh dia sudah dengar PakGuard tu menengking2 saya. Maka, suami jadi begitu marah dan menghambur kata2 kurang hajar kepada Pakcik.

"Kau jangan naikkan darah aku."
"Pakcik, tak boleh ke cakap tak menengking2?"
"Kau jangan naikkan darah aku..."
"Oh, darah pakcik je pakcik kire, saya ni xde darah?"

Aku rasa nak gelak pun ada dengar suami menjawab PakGuard tu. Tapi aku pun x boleh blah dengan ke'kerek'kan PakGuard tu. Aku pun turut tambah nasi. Haha

"Pakcik, mak bapak pakcik ni tak ajar pakcik ke jangan jadi kurang hajo"

Then, bila suami tengok saya sudah menaikkan hangin saya, dia pun jadi cool down.

"Dah la Ya, jangan layan orang macam ni. Susah cakap dengan orang tak sekolah camni"

Aku pun ambil kunci kereta, masuk kereta dan park di luar. Mesti PakGuard tu rasa dia dah menang, kan?

Bila saya lalu semula di GuardHouse, saya kata

"Puas hati Pakcik?"

Pastu aku dengar PakGuard tu membebel2, suami terus tarik tangan saya untuk naik ke rumah.

Sambil jalan, sempat lagi saya cakap

"Saya tak halal duit tu, pakcik bagi makan anak bini. *ial tul pakcik ni".

Kuat2 saya cakap. Biar dia lagi membara. Sebab saya dah tahap kemuncak kemarahan.

Masuk rumah, suami terus duduk dan termenung. Saya tahu apa difikirnya. Tapi saya sudah tidak bermaya lagi. Saya mandi dan terus terjun ke katil. Lihat jam menganjak ke 4.15pg. Pakcik itu betul2 membuang masa saya. Baru saja mata ingin tertutup, telefon berdering. Ahh..siapalah call pagi2 buta ni.

"CikYa along dengan ayah kat bawah ni. Bukak pintu ayah nak masuk"

Aih, kata nak dtg esok, kenapa awal sangat. Aaa, mak, Ya letih, tak larat la nak bangun lagi.

Masuk rumah saja, Abg Lim terus kata Guard tu apsal kerek semacam. Lah? Abg Lim pun kena juga?

Guard tu tak bagi abang saya masuk, alasannya sudah jam 4.30pagi. Heii, mana boleh begitu, sepatutnya tanya la dulu saudara yang mana, telefon dahulu owner.

Pakcik yang sama mengugut nak clamp kereta abang saya. Tapi PakGuard itu tak berani lah dengan abang saya kerana abang saya lebih besar saiz dari dia.

Jam 5.00pagi akhirnya saya dapat tidur jua. Sesedar jam 7.45pagi. Hasrat ingin ke ofis terkubur begitu saja. Saya sambung tidur semula. Jam 10pagi bangun, Kak Ila sudah sediakan breakfast. Alah sekali sekala saya malas, itu pun bersebab. Tak larat weih!

Abang keluar jam 1.00tgh untuk ke Plaza GM, elok saja kereta dia tak kena clamp. Nampak sangat PakGuard ni bias. Takutlah tu dengan saiz abang. Mentang2 lah saya perempuan. =< I like!
(Huhu.. Jahat Mode)

Agaknye jika kami semua turun untuk sepuk Pakcik itu beramai2ramai untuk perlindungan diri (hehe, boleh gitu? Setelah Pakcik itu ugut memberitahu anak2nya), mesti dia kata 'Aik, adik beradik sama saja'. Hehe...